Pengikut

Selasa, 25 Februari 2014

Semak Kawasan Terlibat Catuan Air di Selangor

Di sekolah pagi tadi, saya ada terdengar cikgu-cikgu membangkitkan hal catuan air yang dikatakan akan dijalankan di Selangor mulai hari ini. Benarkah berita ini atau hanya khabar angin sahaja? Kemudian untuk mendapatkan maklumat tentang berita ini saya cuba mengakses sebarang maklumat daripada internet. Hanya Sinar Harian yang menerbitkan berita tentang catuan air yang akan dilakukan di seluruh Selangor. Boleh baca berita tersebut di sini.

Gambar hiasan- Catuan Air di Selangor


Melalui petikan berita tersebut, menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya. Program catuan ini "terpaksa" dilakukan memandangkan sekarang ini musim panas dan kering hingga menyebabkan empangan di negeri ini susut airnya. 

Program catuan ini akan dijalankan mengikut zon. Jadi, kepada penduduk Selangor haruslah sentiasa bersedia. Setelah itu, saya cuba dapatkan maklumat tentang kawasan yang terlibat dengan catuan air ni. Maklumat yang saya perolehi ini adalah daripada blog "phat coner".

WILAYAH HULU LANGAT
1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT
1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan

JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH HULU PETALING
1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai

Kawasan lain, boleh semak di blog "phat coner".

12 ulasan:

  1. kawasan imanalhmdlh xkena tapi kena sediakan payung gak la takut tertutup paip area sana plak

    BalasPadam
  2. Alahamdulillah...Hulu Selangor tidak terlibat. Sebenarnya dah masuk dalam list tapi walaupun Empangan Sg Selangor di sini tapi kita semua xguna pun air dari situ (Utk kegunaan Lembah Klang) maka terselamatlah...

    BalasPadam
  3. bila dah kena catuan, baru la kita dapat rasa betapa penting air..even sebaldi :)

    BalasPadam
  4. Bersabarlah dalam menghadapi ujian ini, berdoa banyak-banyak semoga ujian ini dipermudahkan, Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah so far tak kena catu lagi..apa-apa pun kena berjimatkan cikgu...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah tak kena catu lagi . cyberjaya dah start dah .

    BalasPadam
  7. semoga pembenihan awan mendatangkan kesan positif..

    BalasPadam
  8. saya tinggal di puchong...moga2 dipermudahkan

    BalasPadam
  9. nasib baik batang kali tak terkena tempias. huhu

    BalasPadam
  10. Tempat saya belum ada berita utk di catu lagi.. sama2lah kita berdoa semoga Allah turunkan hujan rahmat agar segalanya pulih... aamiin..

    BalasPadam
  11. rumah akak hulu langat tu.. tapi alhamdulillah kawasan akak tak tersenarai lagi setakat ini..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78