Pengikut

Khamis, 6 Februari 2014

Jangan Biarkan Diri Anda Mati Sia-sia Hanya kerana Demam Denggi

Menonton Buletin Utama sebentar tadi mengenai kes demam denggi yang menyerang kebanyakan negeri hingga 2 Februari 2014, membuatkan saya berasa bimbang. 

Kes ini dikatakan semakin meningkat hingga meragut nyawa. 9,453 kes yang dilaporkan bukanlah satu jumlah yang kecil jika kita tidak mencegahnya dari awal yang mungkin akan meningkat dari hari ke hari. 

Peningkatan kes di negeri

Menurut Berita Harian, 


Sepanjang minggu lepas sahaja (26 Jan hingga 1 Feb), 2,083 kes demam denggi direkodkan di seluruh negara dengan tiga negeri menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu Negeri Sembilan 56 peratus (81 kes), Kuala Lumpur dan Putrajaya 23 peratus (43 kes) dan Sarawak 13 peratus (dua kes), katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 




Lokaliti wabak yang dikenal pasti
Sejumlah 594 lokaliti wabak dilaporkan di 13 negeri iaitu 348 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (75), Negeri Sembilan (73), Johor (42), Melaka (16), Perak (sembilan), Pahang (lapan), Pulau Pinang (enam), Kelantan (lima), Sabah (lima), Sarawak (empat) dan masing-masing satu di Terengganu serta Perlis. 
"Daripada jumlah ini, 115 lokaliti hotspot dilaporkan di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 57 di daerah Petaling, 43 Hulu Langat, enam (Seremban), lima Gombak, dua Titiwangsa, manakala masing-masing satu di Hulu Selangor dan Klang," 

Indeks tertinggi kes demam denggi
(1) Sarawak (5.1 peratus)
(2) Pulau Pinang (2.2 peratus) 
(3) Selangor (2.0 peratus)
(4) Negeri Sembilan (1.6 peratus) 
(5) Kuala Lumpur dan Putrajaya (1.5 peratus) 
(6) Melaka (1.2 peratus)  
(7) Perlis dan Sabah masing-masing 1.1 peratus 

Langkah mencegah demam denggi
(1) Semua peringkat dalam komuniti perlu mengambil berat situasi denggi di kawasan masing-masing selain memastikan kawasan kediaman serta persekitarannya bebas daripada pembiakan Aedes. 
(2) Penghapusan tempat pembiakan Aedes yang menjadi punca demam denggi adalah kaedah paling berkesan untuk mengawal peningkatan kes denggi semasa. 
(3)Jawatankuasa penduduk atau pihak berwajib melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala.
(4) Mewujudkan pasukan pemantau/pemeriksa kebersihan dan pembiakan denggi.
(5) Mengurangkan aktiviti luar rumah terutama pada waktu awal pagi dan lewat senja. 
Orang ramai juga dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mendapat demam. 

Sumber: Berita Harian

16 ulasan:

  1. nampak 2 / 3 ekor nyamuk kat langsir . wpun bukan nyamuk aedes , tapi dah seriau jer .

    BalasPadam
  2. Sekarang ni memang kritikal cikgu..kena jaga-jaga...

    BalasPadam
  3. pukul 6 pm dah rapat tingkap pintu...

    BalasPadam
  4. Cuaca sekarang yg tidak hujan mempercepatkan pembiakan nyamuk aedes. Tiada cara berkesan selain dari menjaga kebersihan. Pencegahan lebih baik dari mengubati.

    BalasPadam
  5. yes dah banyak sangat kes nie. pt hana je dah ramai. hmm bahaya tw. :(

    #hana dah tukar url blog. visit ASHA HANA :)

    BalasPadam
  6. top 3 negeri tu semua yang tengah membangun
    kenapa kes denggi ada dekat kawasan bandar aje ye

    BalasPadam
  7. aritu dmm..suspect denggi :(
    alhamdulillah xde pape~

    BalasPadam
  8. Dah follow... Cuaca sekarang kemarau dan kawasan rumah yang ada salur air bumbung ke longkang (drainage) tempat popular nyamuk ni bertelur sebab air tersekat kat daun/ranting kat salur bumbung tu, rajin-rajinlah keringkannya wahai rakyat M'sia oii.. denggi tiada ubat dan boleh membunuh.
    chêguzαm®

    BalasPadam
  9. Mencegah lebih baik dari merawat...
    Bersihkan lah dalam dan keliling rumah... tak susah pun...

    BalasPadam
  10. Betul la skrg ni memang banyak betul org terkena demam denggi. Di Apart tempat tinggal keluarga Ida di JB tu boleh dikatakan sebulan dua kali pejabat kesihatan datang sembur. Bila dorang datang sembur tahulah kita tandanya mesti ada penduduk disekitar kawasan Apart yang dimasukkan ke hospital kerana denggi.

    BalasPadam
  11. cuaca yang berganti-ganti, hujan dan panas juga dapat menyebabkan musim demam berdarah dengue (DBD), karena dapat sebabkan genangan air di banyak tempat... banyak minum air putih dan parasetamol juga sangat dianjurkan. minuman kaya serat seperti sari kurma alami dan juice buah bit juga dapat mendorong naiknya trombosit.

    BalasPadam
  12. Masa alia di suspek denggi dan perlu masuk wad jantung kathy bagai nak gugur je.risau sangat.bahaya o....

    BalasPadam
  13. Denggi mmg merisaukan & menakutkan.. saya pernah menyaksikan kematian org terdekat disebabkan denggi satu waktu dahulu.. T kasih diatas peringatan, semoga membawa kebaikan kpd kita semua..

    BalasPadam
  14. risau juga di tempat akak pun banyak juga nyamuk.. kes denggi pun dah ada kat sini..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78