Pengikut

Selasa, 18 Februari 2014

Erra Fazira Bercerai Talak Satu dan Siapakah Lelaki ini dalam Himpunan Mansuh PBS Sabtu ini?

Wah, bukan main berbelit lagi tajuk entri saya petang ini kan. Hari ini antara berita yang hangat, panas dan hangit tentulah kes penceraian Era Fazira dengan Engku Emran. Saya tidak mahu mengulas lanjut berkaitan kes ini kerana bukan bidang saya pun. Cuma sama-samalah kita mendoakan kebahagian dengan keputusan yang telah mereka ambil.

Abdul Malik Ab Razak - Preasiden Gamis


Saya jarang membaca Sinar Online. Namun begitu, petang ini tergerak pula untuk membukanya. Tiba-tiba sahaja, pandangan saya terarah kepada beberapa artikel berkaitan PBS. 

Apabila saya klik satu pautan itu yang berjudul "Gamis sokong Himpunan Mansuh PBS", berderet-deret pula pautan yang berkaitan disenaraikan di bawahnya, antaranya boleh lihat gambar yang saya printscreen-kan ini. 




Benarkan dengan cara mengadakan himpunan begini masalah semua boleh selesai? Beginikah yang dituntut dalam sebuah negara demokrasi? Biarpun niatnya betul dan baik, namun adakah caranya juga betul?

Teringat pula pada hari Isnin yang lalu, kami guru-guru diingatkan oleh Guru Penolong Kanan supaya tidak memberikan apa-apa kenyataan tentang PBS sehinggalah keputusan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Tindakan ini bagi menghindarkan daripada berlakunya spekulasi yang akan memburukkan lagi keadaan. Sesungguhnya, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh KPM tidak lain tidak bukan hanyalah untuk meningkatkan sistem pendidikan negara. 

14 ulasan:

  1. Terkejut jugalah saya bila baca tajuknya tu... Apa pulak kaitan Era dengan himpunan mansukah PBS tu!

    BalasPadam
  2. PBS , wakilkan jer pd mrk mcm kakak saya ...

    BalasPadam
  3. pd pendapat sy, pbs perlu ditambahbaik tp himpunan sabtu ni perlu dibatalkan.

    BalasPadam
  4. terkejut dengan tajuk di atas...terkeliru ada juga.

    BalasPadam
  5. yo, kami pun ada diberikan nasihat utk tutup mulu ttg isu pbs

    BalasPadam
  6. Hehe..
    Tajuk gempak utk dua isu berbeza.
    Hehe.

    BalasPadam
  7. doakan yang terbaik untuk Erra..Allah lebih mengetahui..dan PBS tu rasanya perlu ada review supaya apa-apa yang kurang boleh ditambahbaikkan..

    BalasPadam
  8. Setuju & tidak setuju pasti ada.. tp klu nak mengadakan himpunan, saya berpendapat tak perlulah sampai mcm tu.. cuma perlu lebih diperhatikan utk penambahbaikan agar tiada siapa yg rasa dianiaya utk kebaikan semua terutama guru2, ibu bapa & anak2 yg bakal memimpin negara satu hari nanti.. klu tak setuju pun gunalah saluran & tegurlah dgn cara ilmiah dan bernas... wallahualam...

    BalasPadam
  9. kak anim masih buat juga PBS selagi belum ada surat arahan keluar..

    BalasPadam
  10. pbs.. semoga cepat selesai isu ni..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum , Saya Salah seorang mangsa PBS . Saya Sangat Terseksa Dgn PBS Ni ! Kalau sekolah rendah boleh lagi tapi saya sebagai budak sekolah menengah ni sgt lah tak suka PBS Ni . Saya terlibat dengan hockey untuk sekolah dan juga beberapa acara lain , bila ada hari saya tak datang sekolah mesti kena buat PBS . Kadang-kadang cikgu akan bagj kami tajuk untuk baca beberapa minit tetapi kami lebih kepada menghafal bukan memahami dan kemudian selepas itu akan ada PBS . Memang akan ada org kata 'tulaa.. siapa suruh tak bersedia ' tapi tahukah mereka waktu kami bukan 100% untuk pelajaran malah kadang-2 org seperti saya ada banyak waktu untuk aktiviti lain . Sorry , because Saya melepaskan geram disini . I'm just want to take this opportunity , cikgu saya pun stress dgn masalah PBS ni . Saya haram ianya boleh dimansuhkan ! Sekian :)

    BalasPadam
  12. Cikgu dah baca entry Ida bertajuk Pendidikan Malaysia: Satu Tragedi? Ingin juga tahu apa pandangan cikgu terhadap aktikel tu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78