Pengikut

Jumaat, 8 November 2013

Novel Love You Mr. Arrogant Dicetak Ulang


Rasanya tidak terlalu lambat untuk saya memperkatakan tentang novel Love You Mr. Arrogant. Drama ini sudah pun mengakhiri episod tayangannya di TV. Boleh saya katakan, Love You Mr. Arrogant telah mencetus satu fenomena seperti juga novel adaptasi yang lain. 

Sudah menjadi kemestian apabila sesebuah novel itu diadaptasikan ke bentuk drama pasti tempiasnya juga akan terkena pada novel tersebut. Saya percaya ramai juga yang telah membeli novel ini. Kalau ada yang membeli cuba kalian perhatikan novel itu cetakan yang ke berapa? 

Untuk makluman Love You Mr. Arrogant yang kawan saya beli sekitar dua minggu lepas sudah memasuki cetakan ke 13-Oktober. Sangat membanggakan kepada penulis sekiranya karyanya dicetak ulang sehingga begitu sekali. Alangkah baiknya juga jika karya sastera turut mendapat perhatian begini. Barulah penulis diangkat sebagai kerjaya yang meyakinkan untuk ditekuni secara serius. 

Namun begitu, sesekali saya kurang bersetuju dengan pemilihan judul novel ini yang mengutamakan bahasa Inggeris. Ingatlah, buku kita wajah kita. Wajah kita itu tercermin melalui penggunaan bahasanya. Banyak lagi novel yang mengangkat bahasa Inggeris sebagai judulnya. Oh, di manakah martabat bahasa Melayuku!




36 ulasan:

  1. wahh laris buku ini, acik tak pernah baca buku nie

    BalasPadam
  2. remaja suka baca buku novel bercinta , tapi pelakon dalam dia tu , alahai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Remaja kita perlu lebih maju ke hadapan dengan membaca novel yang mencerna minda. Sesekali tak salah nak baca novel popular untuk santai-santai.

      Padam
  3. tak tau novel kathy tu cetakan ke berapa helmi..

    BalasPadam
  4. dah jadi hobi rakyat malaysia guna bahasa rojak ...

    BalasPadam
  5. Uji ada novel ni. Masa beli hari tu cetakan kesembilan dah...

    BalasPadam
  6. Cikgu,saya punya cetakan kelima.Lama dah beli.Start ceritanya dekat tv hari itu,terus start nak baca balik..hehe..:)

    BalasPadam
  7. wow x sangka..penangn drama tu sampai byak kali diulang cetak.....
    ni kira mcm kes buku ombak rindu la:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ombak rindu lagi hebat penangannya sebab difelemkan.

      Padam
  8. Ida pun memula sangka cerita tu cerita inggeris sehingga ida terbaca kak erin (cerita sang puteri) buat entry pasal cerita tu baru ida tahu ianya drama melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Apa salahnya kalau pilih guna bahasa Melayu kan.

      Padam
  9. mula-mula tak berapa suka cerita ni, sekali dah layan.. memang kena ulang ... hehehe

    BalasPadam
  10. aiza hanya tengok drama saja.. tapi tidak membeli novelnya.. betul itu, seharusnya kita memartabatkan bahasa melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak beli. Kawan yang beli tempoh hari. Saya tengok je.

      Padam
  11. Novel diangkat menjadi drama dan filem...satu lagi peluang keemasan buat penulis untuk mendapat pulangan yang lumayan. Jangan dek kerana mahu keuntungan...kualiti pula semakin berkurang.

    p/s: mungkin satu hari nanti karya cikgu pula di jadikan drama atau filem...saya tunggu saat itu :)

    BalasPadam
  12. Betul tu cikgu. Andai karya sastera mampu mencapai sehingga cetakan yang ke-XX... memang terbaik. Kebanyakan novel kini, ditulis sebagai novel popular. Novel sastera, banyak juga. Cuma tidak mendapat sambutan sangat.

    Saya tertarik dengan tajuk entri ini cikgu. Dicetak ulang? Maksudnya yang selalu disebut iaitu "diulang cetak" salah ya cikgu? Baru terperasan. Kata kerjanya ialah cetak, dan ulang itu kata nama. Jadi, dicetak ulang. :) Konsepnya sama dengan pendingin hawa ya cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga satu hari nanti, sambutan untuk novel sastera juga mendapat sambutan hangat.

      Ya betul tu. Dalam tesaurus tiada carian untuk diulang cetak, tapi dicetak ulang. Begitu juga dengan penghawa dingin. Tepatnya pendingin hawa.

      Padam
  13. Saya setuju dengan Tuan. Pemilihan tajuk berbaur Inggeris amat menyeksakan saya. Ia seperti menggambarkan bahawa Bahasa Melayu tiada daya penarik untuk orang membaca!

    Tetapi, perlu dilihat juga rumah penerbitan. Alaf 21 memang tidak tegas dalam pembakuan BM. Jadi tidak hairanlah pelbagai lambakan bahasa rojak oleh terbitan Alaf 21. Harap penerbitan Alaf 21 sedar cepat tentang perilaku yang kurang molek ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78