Pengikut

Jumaat, 15 November 2013

Jemputan daripada Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya bercampur rasa dengan keadaan yang kurang sihat setelah bertungkus-lumus dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah, dengan khabar gembira daripada Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil. Saya akan menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah HSKU 2012 malam ini di Hotel Seri Pacifik. 

Saya tidak pastilah saya menang kategori apa. Tapi, dari firasat saya memang kategori cerpen memandangkan sejumlah cerpen yang disiarkan di media utusan tahun lepas. Antara karya tersebut: 

1. Dunia Baru Adik, 1-15 Januari 2012 (Harmoni)
2. Rombongan Masuk Jawi, 6 Februari-13 Februari 2012 (Utusan Melayu Mingguan)
3. Piala Penentuan, 1-15 Mac 2012 (Harmoni)
4. Seketul Hati Seorang Datuk, 5 Mac-12 Mac 2012 (Utusan Melayu Mingguan)
5. Hanya Geran, 8 April 2012 (Mingguan Malaysia)
6. Cikgu, Mei 2012 (Wanita)
7. Mencari Natrah, 1-15 Jun 2012 (Harmoni)
8. Seriosa Kuih Raya Chef, 15-30 Jun 2012 (Harmoni)
9. Dangai Ramadan, Julai 2012 (Wanita)
10. Memerdekakan Ramadan, 15-30 Julai 2012 (Harmoni)
11. Isteri Seorang Pesawah, 3-10 Disember 2012, (Utusan Melayu Mingguan)

Kalau ditanya pendapat saya selaku penulis, saya berasakan cerpen Piala Penentuan mempunyai kelebihan. Sama-samalah kita nantikan malam ini.

Malam ini juga akan dilancarkan novel dan antologi para pemenang. Tak sabar nak dapatkannya. Tahniah juga diucapkan kepada rakan penulis yang menang malam ini. Jika berkesempatan bolehlah kita berjumpa malam ini.


12 ulasan:

  1. Tahniah. Banyaknya cerpen cikgu di utusan. Cikgu mengajar lagi bila masanya cikgu tulis semua ni?

    BalasPadam
  2. banyaknya karya masuk utusan..tahniah menang..

    BalasPadam
  3. Tahniah Helmi! teruskan berkarya...

    BalasPadam
  4. Tahniah, cikgu Helmi. Setakat yang Kak Long tahulah, seorang lagi pemenang HSKU juga dari utara, saudara Shahkang Aizat (Hehehe Kak Long dapat menebak daripada status beliau di Facebook). Kemungkinan kategori cerpen juga. Tumpang bahagia mendengar 2 penulis prolifik dari utara bakal menaiki pentas HSKU 2012. Sekali lagi, tahniah!

    BalasPadam
  5. Tahniah ! sesekali share lah cerpen yg dah masuk paper / majalah kat blog ...

    BalasPadam
  6. wahh tahniah :) cikgu helmi sangat berbakat

    BalasPadam
  7. Tahniah cikgu. Tak sabar nak baca entri cikgu yang seterusnya pula. :)

    BalasPadam
  8. tahniah kepada helmi dan semua pemenang.. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78