Assalamualaikum.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah pun memasuki Tahun 4 di sekolah rendah sekarang ini. Walaupun PBS ditangguhkan seketika, namun guru dan murid harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, di sini saya kongsikan Tema yang dipelajari oleh murid Tahun 4 dalam Bahasa Malaysia.
1. Kekeluargaan
2. Kemasyarakatan
3. Kesihatan dan Kebersihan
4. Keselamatan
4. Perpaduan
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
6. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7. Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9. Pertanian dan Penternakan
10. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Untuk entri kali ini dan beberapa entri akan datang saya akan berkongsi tentang Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR mengikut tema yang disenaraikan di atas. Contoh RPH ini diperoleh hasil daripada kursus yang dihadiri oleh guru di sekolah saya pada tahun lepas.
|  | 
| Jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan kredit foto dari abihulwa.blogspot.com | 
RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN 
BAHASA
MALAYSIA
TEMA JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TAHUN 4 KSSR
| 
TEMA | 
JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN | 
| 
TAHUN | 
4 CERIA | 
| 
TAJUK | 
CERITA DATUK | 
| 
MASA | 
7.30 – 8.30 pagi | 
| 
STANDARD 
PEMBELAJARAN | 
3.2.7  Menulis ayat majmuk secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas. 
5.1.6  Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks. | 
| 
OBJEKTIF | 
Pada akhir pengajaran,murid dapat: 
i.        menulis ayat majmuk menggunakan kata hubung yang sesuai dalam bentuk tulisan berangkai. 
ii.       memadankan ayat tunggal dengan kata hubung yang sesuai dan menulisnya dalam bentuk tulisan berangkai. | 
| 
AKTIVITI | 
1.     Murid menyanyi lagu “Tanggal  31”, kemudian guru bersoal jawab tentang lagu dan mengaitkan dengan tajuk. 
2.     Guru memaparkan teks petikan pada skrin dan minta murid membaca teks petikan dan bersoal jawab mengenainya. 
3.    Murid diminta membaca perkataan yang berwarna 
       dan menyenaraikannya pada papan tulis. 
4.    Guru menjelaskan kepada murid tentang perkataan berwarna tersebut (kata hubung) dengan memberikan contoh lain. 
5.    Murid dibimbing membina dan menulis ayat majmuk menggunakan kata hubung. 
6.    Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang. 
Pemulihan 
Murid melengkapkan ayat menggunakan kata hubung yang diberi. 
Pengayaan 
Murid membina ayat majmuk. | 
| 
PENGISISN 
KURIKULUM | 
Ilmu   :  Sejarah 
Nilai  :  Semangat Patriotisme 
EMK  :   Kreativiti 
KB     :   Menjana idea, mengecam 
BCB   :  Bacaan mekanis | 
| 
BAHAN BANTU | 
LCD,  bendera Malaysia , lembaran kerja. | 
Nota: RPH ini sekadar contoh dan panduan sahaja. Boleh ditambahbaik mengikut kesesuaian.

 
 
 

rancangan pelakaran ni macam guidelines untuk guru yang mengajar ye
BalasPadamsuka info macam ni..
BalasPadamRangka RPH ni perlu dibuat hari2 ke cikgu? Payah juga nak memerah idea ye...
BalasPadamAlhamdulillah... info yg bermanfaat. T kasih.. :)
BalasPadam