Pengikut

Isnin, 10 Februari 2014

Keberkesanan Buku Teks Versi Digital dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum semua.


Dahulu, isu seperti bebanan buku teks yang dibawa oleh murid menjadi perdebatan, selain masalah murid yang tidak membawa buku teks ke sekolah secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran, namun kini menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) masalah ini seolah-olah akan dapat diatasi dalam satu tempoh masa lagi. 

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan II, YB Dato' Seri Idris Jusoh telah melancarkan 300 buku teks dalam versi digital. Justeru, murid, guru dan ibu bapa boleh mengakses buku teks tersebut dengan lebih mudah dengan menggunakan kata laluan yang telah diberikan.

Kaedah pelaksanaan 

Kaedah pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran buku teks digital ini boleh dijalankan menerusi projek Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE).

Guru-guru akan memuat naik kandungan buku teks digital ini ke dalam satu sistem atau fail yang dibangunkan dalam Frog VLE. Hanya murid, guru dan ibu bapa yang mempunyai akaun atau kata laluan sahaja yang boleh mengakses Frog VLE.

Justeru, di bawah PPPM juga, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan kemudahan internet di bawah projek 1BestariNet yang berkelajuan 4G untuk melaksanakan sistem ini.

Bagaimanapun, projek ini memerlukan kemudahan komputer atau peranti teknologi seperti iPad atau tablet yang mencukupi untuk menampung jumlah murid yang banyak. Oleh itu, KPM akan menyediakan Google Chrome Book untuk memudahkan pelaksanaan projek ini

Membenarkan murid membawa iPad atau tablet



Sehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh katanya murid boleh membawa iPad atau tablet ke sekolah untuk mengakses buku teks digital untuk memudahkan murid mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Saya kira satu pertimbangan yang jitu harus dilaksanakan untuk melihat kebaikannya melebihi keburukan yang bakal dihadapi. Situasi ini kurang lebih sama dengan isu "penggunaan telefon bimbit" di sekolah.

Bagaimanapun, kita harus menunggu peranti teknologi iPad dan tablet yang bagaimana yang dibenarkan dibawa ke sekolah. Sekiranya iPad dan tablet itu diprogramkan khusus untuk pembelajaran dan pengajaran yang mana pengisiannya menyekat murid untuk mengakses sistem lain, saya rasa, baik. Jika sebaliknya tanpa sebarang sekatan, saya minta KPM mempertimbangkan semula untuk membenarkan murid membawa peranti teknologi ini.


13 ulasan:

  1. Murid tuisyen saya hampir semua mempunyai kemudahan iPad. Mungkin perlu diadakan kelas khas tentang cara-cara penggunaan iPad dengan betul bagi mendidik anak dan ibubapa tentang hal ini.

    BalasPadam
  2. Lagi, tentang double standard. Rakan sepejabat saya mengatakan, beliau terbayang jika orang miskin dan orang kaya di dalam satu kelas. Apa akan terjadi? Akan berlaku kes kecurian yang banyak kerana murid miskin ada kecenderungan untuk mencuri iPad kerana cemburu.

    Ini satu lagi perkara yang harus difikirkan.

    BalasPadam
  3. untung lah anak2 zaman sekarang...kalau orang dulu2 bawa buku papan batu kesekolah...zaman sekarang bawa ipad papan batu canggih ..

    BalasPadam
  4. wow zaman sekarang dah macam-macam kecanggihan

    BalasPadam
  5. Kita tak pasti keberkesanan IT digital book ni..ada pro & cons rasanya..Kita sendiri prefer hard copy untuk study coz lebih focus. Boleh conteng, highlight and macam-macamlah..hopefully tak mengganggu konsentrasi dia orang...

    BalasPadam
  6. wah.. kat ipta pun, sesetengah pensyarah tak benarkan pelajar guna ipad dalam kelas. haha..

    BalasPadam
  7. Mudah2an membantu utk kebaikan anak2 bangsa kita.. aamiin...

    BalasPadam
  8. ideanya bgus, tp mungkin tak praktikal dgn murid khas Zam yg buta.. nk tk nk kena sentuh braille

    BalasPadam
  9. Hmmm.tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  10. say tak berapa setuju... akan lebih meningkatkan jurang perbezaan antara pelajar dan berkemungkinan ketidakhadiran jugak akan tinggi disebabkan perkara ini.. bukan semua orang mampu menyediakan sebuah komputer di rumah... jika ada sebuah pun..mungkin perlu bergilir penggunaannya pada semua adik-beradik yang ada...mampukah nanti kerja sekolah dihabiskan pada waktunya?

    BalasPadam
  11. semakin canggih.. memudahkan murid-murid untuk belajar di mana sahaja.. namun tentu ada pro dan kontranya juga..

    BalasPadam
  12. Semakin canggih dan pastinya akan mengundang banyak masalah. Maklumlah benda baru. Apabila segala maklumat berada di hujung jari...bimbang nanti ramai adik2 yang terbabas nanti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78