Pengikut

Sabtu, 30 November 2013

Pasaran Buku dan Kepedulian Penulis Sastera di Malaysia

sekadar gambar hiasan (kredit foto dari kosmo)

Sememangnya dikatakan buku sastera sukar mendapat pasaran di Malaysia. Buku sastera termasuklah, novel, kumpulan cerpen, kumpulan puisi, kritikan dan beberapa lagi. Penerbit yang masih menerbitkan buku sastera ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), dilihat masih bertahan dalam memperkayakan dan menyediakan bahan bacaan sastera kepada segolongan pembaca di Malaysia. 

Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan bahawa menjadi penulis sastera tidak boleh jadi kaya berbanding menjadi penulis popular yang menjadi buruan pembaca karyanya. Hingga pada satu tahap, novel tersebut terpilih untuk diadaptasi dan tempiasnya juga terkena pada novel tersebut hingga dicetak ulang berpuluh kali. 

Bagi saya, itu tidak menjadi masalah besar sekiranya karya penulis sastera di Malaysia tidak mendapat sambutan. Untuk permulaan, saya fikir penulis sastera haruslah bekerjasama dalam soal ini. Kerjasama ini dalam bentuk menyokong pembelian karya antara penulis itu sendiri (menyebut penulis membeli buku penulis, bukanlah soal syok sendiri).

Maksudnya, jika penerbitan karya sastera itu contohnya 1000 naskhah, saya percaya penulis sastera di Malaysia melebihi angka ini dan jika setiap penulis ini membeli satu naskhah, bukankah sudah laku 1000 naskhah? Ini, tidak. Jika penulis sastera pun tidak mahu membeli karya rakan-rakan dan hanya mengharapkan rakan penulis membeli karyanya sahaja, maka tidak berlaku penyokongan antara satu sama lain. 

Oleh itu, usah hendak mengharapkan pasaran di luar kalangan penulis sastera atau pembaca sastera, jika penulis sendiri tidak mahu membeli karya rakan penulis. Paling menyedihkan jika ada penulis sastera (mapan, senior) tidak memandang pun karya penulis muda atau baru. 

Harapan saya, sama-samalah kita bekerjasama, saling menyokong antara satu sama lain demi memartabatkan dunia kesusasteraan dan penerbitan di Malaysia. Jika kerancakan penerbitan tidak disokong dengan masyarakat pembaca apalah guna jika kita hanya mengejar jumlah terbitan dengan judul berpuluh ribu saban tahun. 



9 ulasan:

  1. betul kata cikgu....jadi kesedaran sebenarnya patut ditanam sejak kecil...:)

    BalasPadam
  2. budaya membaca tu harus diterapkan sejak kecil. jadi nanti sentiasa ada keperluan membeli dan menghasilkan karya :D tak begitu cikgu :D hehe

    BalasPadam
  3. betul tu helmi, seharusnya saling menyokong antara satu sama lain..

    BalasPadam
  4. semoga cikgu terus maju dalam dunia penulisan nie...amin....

    BalasPadam
  5. Mmg betul tu spt yg cikgu Helmi perkatakan.. kita sepatutnya menyokong diantara satu sama lain, bukannya mengejar cita2 sendiri & membiarkan yg lain.. klu mcm tu, sampai bila pun kita susah nak maju...

    BalasPadam
  6. Besar cabarannya. Memang sangat perlu untuk kita saling menyokong. Saya sentiasa menyokong cikgu.

    Tak sabar nak dapatkan Tetamu Istimewa. :)

    BalasPadam
  7. saya dalam proses menulis tapi bila fikir2 balik, tak sanggup rasanya nk jadi penulis. takut tak kuat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78