Pengikut

Isnin, 12 Mei 2014

Pengalaman Temu duga Guru IPG 2014

Assalamualaikum.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon guru yang berjaya dipanggil untuk ditemuduga yang bermula pada hari ini 12 Mei 2014. 

Beberapa entri yang saya terbitkan melalui blog ini adalah sebagai rujukan dan panduan sahaja. Tidak sama sekali perkongsian itu 100 % akan sama dengan sesi temu duga yang bakal anda hadapi.

Pengalaman Diz Zati - temu duga guru Bahasa Melayu


Untuk lebih pencerahan, salah seorang calon guru yang telah selesai menghadiri temu duga pada hari ini telah berkongsi pengalamannya atau dengan kata lain memberi sedikit gambaran bagaimana sesi temu duga guru IPG ini dijalankan. Katanya:
  •  Temu duga dijalankan selama 1jam. 
  • 30 minit perbincangan dalam kumpulan (perlu beri penjelasan mengenai video pendek) dan;
  • 30 minit lagi disoal secara individu. Selain itu, 
  • Helaian pernyataan hasrat tidak perlu ditulis. 
Terima kasih! Saya temu duga untuk mata pelajarn BM. Kalau ujian amali saya tak tahu sebab tiada calon yang temuduga yang ambil bidang muzik, pendidikan islam ataupun bahasa arab pada masa saya temu duga.

Temuduga berjalan selama 1 jam. 30 minit perbincangan kumpulan.(ada video pendek dan calon perlu huraikan apa yang difahami atau yang dilihat dalam video tersebut.)
30 minit lagi, panel temuduga memberi satu soalan dan perlu dijawab seorang demi seorang. Contoh soalan:

-kenapa bahasa kebangsaan menjadi rosak?
-apa beza ayat majmuk dan ayat tunggal?
-sebagai seorang guru, macam mana anda ingin mempertingkatkan BM kepada murid anda?

***saya tak berapa pasti tetapi lebih kurang macam itu soalan yang disoal.

isu semasa pendidikan tidak ditanya sama sekali. (tetapi calon perlu tahu juga untuk kaitkan soalan yang diberi dengan isu semasa)

Dan yang PENTING, calon BM perlu bersiap sedia menjawab soalan dalam BI. Soalan yang ditanya dalam bahasa inggeris tidak susah dan jika tidak tahu ingin becakap apa, beri sahaja pandangan anda kerana panel temuduga nak lihat semua orang bercakap.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan.

Pengalaman temu duga guru Bahasa Melayu


Assalamualaikum. Saya telah ditemuduga tadi, untuk subjek Bahasa Melayu. Kita akan ditayangkan dengan satu video dan kita kena berbincang secara berkumpulan berkenaan video tersebut. Penemuduga takkan masuk campur. Kita akan berbincang bersama ahli kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 8 orang. 2 lelaki dan 6 perempuan. 

Apa boleh saya katakan, bersedialah dari segi fizikal dan mental. Jawab soalan apa yg ditanya. Cuba untuk bercakap. Ahli kumpulan lain juga diperlukan antara satu sama lain untuk membantu ahli yang lain. Jangan terlalu gementar. Kawal diri.


Selepas itu, masih dalam kumpulan, kita akan diajukan soalan secara individu. Antara soalan yg diajukan:
-Sila perkenalkan diri.
-Selain minat,kenapa anda hendak menjadi guru?
-Bagaimana kerajaan ingin meningkatkan profesion perguruan.
-dan banyak lagi

Ada juga yang ditanya mengenai falsafah pendidikan kebangsaan, sajak, peribahasa dan sebagainya. Itu semua calon perlu tahu. Alhamdulillah, kami tidah ditanya dalam bahasa Inggeris. Penemu duga kami juga sangat baik orangnya. Mereka membantu kami untuk bercakap. 

Nasihat saya kepada rakan-rakan, siapkan segala dokumen dan sijil2 yang dinyatakan dalam surat tawaran. Sila bawa dokumen asal dan salinan yang TELAH DISAHKAN. Hal ini kerana ada yang terlepas pandang. Itu sahaja. Harap dapat membantu calon yang bakal ditemuduga. Semoga berjaya !
Saya mengalu-alukan perkongsian calon guru yang telah menghadiri temu duga untuk berkongsi pengalaman masing-masing. 

Pengalaman temu duga guru Bahasa Inggeris


Alhamdulillah, saya sudah lepas temuduga semalam. Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan lebih awal selepas habisnya temuduga itu tetapi tidak kesampaian. Dan diberitahu bahawa hari ini adalah hari terakhir temuduga tersebut. Apa-2 pun saya kongsikan sajalah.

Seperti apa yang telah dialami oleh Cik Stongan, kami akan diberi tayangan video pendek. Contents video tersebut adalah secara random. Memandangkan saya mengambil MP Bahasa Inggeris, secara keseluruhan kami akan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu mulalah soalan yang ditanya oleh penemuduga.

Soalan yang ditanya, (dalam bahasa inggeris)
1. What do you see in the video? , If you have the opportunity, will you do it and why? ( Secara individu )
2. What makes the content of the video so interesting and if so, what is your opinion to raise the interest towards space? ( Secara berkumpulan, macam berdebat )
3. Rumusan keseluruhan video itu

*lebih kuranglah

Yang penting kita kena menonjolkan diri, banyakkan bercakap even though ada yang salah. Cakap dengan yakin, suara yang jelas. Tak kisah panjang lebar sebab penemuduga itu sendiri yang cakap, 'the more you talk, the better, the more scores you'll gain'.

Yang selebihnya, Cik Stongan sudah terangkan dengan lebih detail mengenai fail, dokumen dan sebagainya. Itu sajalah yang saya boleh kongsi.

Nota: Entri ini akan dikemaskini dari masa ke masa. 

11 ulasan:

  1. seronokkan jadi cikgu..hihihih..tapi hajat tu tak kesampaian....:D

    BalasPadam
  2. semoga berjaya dlm apa jua urusan :)

    BalasPadam
  3. Doakan saya Berjaya dalam sesi temuduga 14hb ini :)

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang Insyaallah dapat membantu orang lain kelak.

    BalasPadam
  5. moga² ada seorang anak kathy jadi pendidik nanti..

    BalasPadam
  6. Salam Cikgu Helmi;

    Syabas dan tahniah kepada guru-guru baru dan juga guru lama, terus sukses menjadi guru yang CEMERLANG!.

    BalasPadam
  7. Setiap kali sesi mesti ada perubahan dilakukan...jika maklumat ini dapat dikongsi bersama, pasti ianya dapat membantu memberi gambaran buat mereka yg memerlukan.

    BalasPadam
  8. wah...suspen juga nak pe temuduga jadi cikgu ni ye

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahkan kpd sesiapa jua yg menghadapinya.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  10. semoga calon guru yg cerita pengalaman ini dilantik jd guu dan di-posting ditempat yg dipohon

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78