Pengikut

Isnin, 17 Februari 2014

Proses Kreatif Cerpen: Jangan Terperangkap dengan Perkataan "Islam" di Kad Pengenalan Anda!

Selepas pulang daripada sekolah tadi, saya telah mengepos pesanan Tetamu Istimewa daripada Mohd Nur Hafizudin (2), Kak Aiza @ Mizz Aiza (1), Kak Anim @ Inilah Ceritaku (1) dan Wan Muhammad Hanif @ Inspirasi Wanariahamiza (1). Terima kasih, saya ucapkan kepada kalian semua yang sudi mendapatkan Tetamu Istimewa saya. Maaf, jika kata-kata yang ditulis itu tidaklah secantik mana pun. 

Di sekolah tadi, seorang ustazah juga telah mendapatkan Tetamu Istimewa daripada saya. Sebelum buku ini terbit, beliau telah memesan daripada saya. Kemudian, seorang rakan guru yang turut membantu saya mempromosikan Tetamu Istimewa kepada rakannya sewaktu menghadiri kuliah pada hujung minggu lalu telah berjaya menawan seorang daripada kebanyakan mereka. 

Alhamdulillah, setakat ini jumlah keseluruhan yang terjual ialah (7 naskhah). Biarpun jumlah ini tidaklah sehebat novel The Weeding Breaker yang dilaporkan di akhbar Berita Harian hari ini yang mana telah terjual sebanyak 80,000 setelah novel ini diadaptasikan-Ariana Rose. 

Perkataan Islam di Kad Pengenalan Anda!

Sebelum ini saya juga telah mengulas cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin. Kali ini giliran Muhammad al-Islam pula. Muhammad al-Islam merupakan salah sebuah cerpen yang dimuatkan dalam Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa. Cerpen ini pernah disiarkan di Berita Harian, 28 Oktober 2012. Cerpen ini tercetus apabila saya membaca sebuah cerpen yang berjudul Nama Saya Orang Utan (kalau tak salah). 

Muhammad al-Islam dalam Tetamu Istimewa
Watak utama
Muhammad al-Islam yang menerajui watak dalam cerpen ini terperangkap dengan indentitinya sendiri, hinggalah beliau ditangkap polis di kelab malam. Gara-gara itu, habis dokumennya diperiksa. Antara sebab utama penahanannya itu adalah disebabkan perkataan Islam yang tertera pada kad pengenalannya itu. Biarpun Muhammad al-Islam berkeras menafikan bahawa kad pengenalan itu adalah kad pengenalan sah dan beliau bukan pendatang tanpa izin. 

Kad Pengenalan - kredit foto dari jpn.gov.my
Pelbagai ragam dan kerenah yang dapat diperhatikan sewaktu Muhammad al-Islam ditahan dan disoal siasat. Hingga beliau sanggup menawarkan satu tawaran kepada pegawai polis tersebut. Jika hendak tahu tawaran apakah, boleh ikuti menerusi cerpen ini. 

Cerpen ini juga menyangkal dakwaan bahawa, bapak borek anak rintik. Siapakah ibu bapa Muhammad al-Islam sebenar? Ke manakah ibu bapa Muhammad al-Islam pergi sewaktu beliau ditahan? Bagaimanakah kehidupan Muhammad al-Islam yang sebenar? Semuanya akan terjawab setelah kalian membacanya. 

Konflik dan kemuncak
Sewaktu dalam penahanan Muhammad al-Islam (lokap), beliau telah bertemu dengan seseorang (  ?  ) hingga menimbulkan perasaan kurang senang, namun setelah kejadian yang berlaku pada malam itu di dalam lokap tersebut, tanggapan Muhammad al-Islam berubah hingga beliau sanggup pula untuk menawarkan diri untuk membantu individu tersebut. 

Jika Muhammad al-Islam ditahan disebabkan perkataan Islam yang tertera pada kad pengenalannya, mengapakah pula orang yang ditemuinya dalam lokap tersebut ditahan? Jika hendak dibandingkan penahanan Muhammad al-Islam dengan orang itu, seharusnya Muhammad al-Islam bersyukur. 

Tetamu Istimewa

Dapatkan banyak lagi kisah menarik dalam Tetamu Istimewa. Jika berminat boleh buat pesanan terus daripada saya. Maklumat lanjut boleh klik pautan ini: Stok buku Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa sudah Ada.

13 ulasan:

  1. ingatkan apa, sinopsis cerpen dalam tetami istimewa rupanya
    menarik, sampai bila promosi ni cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai stok yang berada dengan saya habis. Jangan risau masih ada lagi. Jika berminat, boleh pesan daripada saya. Saya amat mengharapkan sokongan kalian semua.

      Padam
  2. Nasib naik bukan Bin Muhammad...Jika tidak mesti kisahnya seperti Bin Laden...hehe
    Insyaallah...yakin! usaha pasti berjaya. (cuba2lah buat novel...mana tau meletop macam ariana rose)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah... boleh juga lepas ni buat Bin Muhammad.

      Novel? Insya-Allah. Boleh menang Anugerah Meletop ya?

      Padam
  3. Balasan
    1. Terima kasih, Tuan Khairuddin. Jika berminat boleh pesan daripada saya.

      Padam
  4. Rasanya mcm ada telefilem bertajuk kuih bakul limau mandrin di tv1 sempena raya puasa ... klu tak silaplah ...

    BalasPadam
  5. helmi....macam mana ni,kak kathy nak beli... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana ya, kalau susah-susah sangat, Kak Kathy masukkan top up sajalah kepada saya, RM25-Maxis. Baki RM2 lagi, nanti saya masukkan dalam sampul bersama dengan buku tu.

      Padam
  6. alhamdulillah akak sudah selamat menerima buku itu helmi.. tapi akak belum sempat membacanya, anak saudara akak dah pinjam bawa ke kolejnya pula.. mungkin dia tertarik dengan tajuk-tajuk cerpen dalam buku tu kot..

    BalasPadam
  7. Wah.. terbaik ni.. semoga terus sukses.. :) :)

    BalasPadam
  8. Ada nampak Wan Muhammad Hanif @ Inspirasi Wanariahamiza update status kat facebook. Maaf..Ida belum berkesempatan membacanya lagi cikgu... sorry. Hari masa Ida balik JB, mak kata buku tu dia bawa opis pastu berjalan ke satu tangan ke satu tangan member2 opis dia... dan skrg tak tahu berada ditangan siapa ;(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78