Pengikut

Khamis, 24 April 2014

Jemputan ke Majlis dan Acara Anjuran ITBM Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sekali lagi pada tahun ini akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 24 April hingga 4 Mei 2014. Pelbagai acara perkongsian ilmu dan majlis pelancaran buku terbaharu terbitan ITBM akan diadakan bersempena PBAKL 2014 kali ini. Berikut adalah butiran mengenainya:


MAJLIS PELANCARAN ANTOLOGI CERPEN INDONESIA-MALAYSIA
Tarikh                    : 24 April 2014 (Khamis)
Masa                      : 2.00 hingga 4.00 petang
Lokasi                    : Pentas Utama, PBAKL 2014, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL.
Tetamu Kehormat   : Tuan Yang Terutama Herman Prayitn, Besar Republik Indonesia ke Malaysia


MAJLIS PELANCARAN BUKU JATUH KE LAUT MENJADI PULAU: SAJAK-SAJAK LENGKAP MUHAMMAD HAJI SALLEH
Tarikh                    : 26 April 2014 (Sabtu)
Masa                      : 2.00 hingga 4.00 petang
Lokasi                    : Pentas Utama, PBAKL 2014, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL.
Tetamu Kehormat  : YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia


MAJLIS PRAPELANCARAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II
Tarikh                    : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa                      : 12.00 tengah hari
Lokasi                    : Gerai ITBM, PBAKL 2014, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL.
Tetamu Kehormat   : YB Datuk Hj. Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah

MAJLIS PELANCARAN ANTOLOGI CERPEN MALAYSIA-TAIWAN
Tarikh                    : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa                      : 3.00 hingga 4.00 petang
Lokasi                    : Pentas Utama, PBAKL 2014,
                                Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL.

JADUAL WAWANCARA SOFA PUTIH ITBM 2014

Selain itu, untuk makluman Tuan/Puan juga, seperti tahun-tahun sebelum ini, ITBM akan mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih ITBM, yang merupakan acara wajib ITBM semasa PBAKL sejak 2010. Acara yang telah masuk tahun kelima penganjurannya ini merupakan sesi perkongsian ilmu bersama ahli-ahli panel tersohor yang akan membincangkan pelbagai topik hangat mengenai industri penerbitan, perbukuan, terjemahan dan kesusasteraan. Berikut adalah jadual Wawancara Sofa Putih ITBM untuk rujukan Tuan/Puan:


JADUAL WAWANCARA SOFA PUTIH ITBM
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL 2014)
TARIKH
MASA
TOPIK
PANELIS
KHAMIS, 24 APRIL 2014
1.00 petang
Kaitan Sastera dengan Masyarakat: Bagaimana Menghubungkan Malaysia dan Indonesia.
Dr. Saleeh Rahamad
Rahimidin Zahari
Naning Pranoto
Dr. Free Hearty
JUMAAT, 25 APRIL 2014
4.00 petang
Hadiah dan Anugerah: Sejauh Mana Ia Mampu Melahirkan Pelapis Penulis Mapan.
Wan Nor Azriq
Ruhaini Matdarin
Ridzuan Harun
SABTU, 26 APRIL 2014
1.00 petang
Cabaran Menyalurkan Peradaban Malaysia kepada Dunia Melalui Agenda Terjemahan.
Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh
Dato' Dr. Zurinah Hassan
AHAD, 27 APRIL 2014
1.00 petang
Citra Sastera Borneo: Perlukah Bereksperimen untuk Bersaing dalam Dunia Sastera Serantau?
Dr. Ramzah Dambul
Roslan Jomel
ISNIN, 28 APRIL 2014
2.00 petang
Puisi Lama, Puisi Baharu : Mencipta 'Keanehan' Tanpa Batasan
SN Dato' Baharuddin Zainal
Sutung Umar RS
SELASA, 29 APRIL 2014
1.00 petang
Benarkah Ekspresi Watak Wanita dalam Novel Lebih Menghampiri Realiti Apabila dihasilkan Penulis Wanita
Siti Jasmina Ibrahim
Sri Diah
RABU,
30 APRIL 2014
1.00 petang
Pengganti Mokhtar Dahari: Isu Misi dan Realiti.
Dato' Santokh Singh
Cikgu Ahmad Mahmud
Zinitulniza Abdul Kadir
KHAMIS,
1 MEI
2014
1.00 petang
Benarkah Industri Buku Malaysia Sudah Tepu?
Dato' Ivan Hoe Wat Sing (MBEIA)
Ishak Hamzah (MABOPA)
Law King Hui (SASBADI)
JUMAAT, 2 MEI 2014
3.00 petang
Sejauh Mana Pengaruh Wartawan Penting dalam Menyampaikan Sindiran Politik, Ekonomi dan Budaya dalam Sastera Nasional
Ku Seman Ku Hussain
Nazmi Yaakob
Fadli Al-Akiti
SABTU, 3 MEI 2014
1.00 petang
Wajarkah Novel Popular yang Laris di Pasaran Dilabel Tidak Mewakili Pemikiran Budaya Tinggi?
Ramlee Awang Murshid
Fauziah Ashaari
AHAD,
4 MEI
2014
1.00 petang
Bolehkah Peradaban dibina Menerusi Teater dan Mampukah Persaingan Budaya Popular ditangani?
Dato' Johan Jaafar
Khalid Salleh


Nota: Saya menerima jemputan ini daripada pihak ITBM melalui kiriman e-mel. Oleh itu, saya panjangkan kepada umum supaya acara yang dijalankan meriah dan mendapat sambutan ramai.


9 ulasan:

  1. Isteri saya dah tak sabar nak ke Pesta buku ni...huhu, mesti sesak kalau dihujung minggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dah tak sabar nak pergi juga ni BM. Pasti isteri BM seorang yang suka membaca.

      Padam
  2. Salam Cikgu Helmi;

    Wah, bagus-bagusnya program, siapa yang berkesempatan tu dipersilakan datang dan dengar tu, lepas tu bolehlah borong buku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, saya pernah mengikuti diskusi Sofa Putih pada tahun lepas. Tahun ni kalau berkesempatan bolehlah dengar juga.

      Padam
  3. seronoknya dapat pergi ke pesta buku

    BalasPadam
  4. In shaa Allah.. esok akan ke sana. Tarik nafas panjang2 sbb hari ahad pasti padat dgn pengunjung.. :D

    BalasPadam
  5. sempat lagi kalau nak pergi ni =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78