Pengikut

Selasa, 11 Februari 2014

Puisi: Cinta Kosmetik di Dewan Siswa


Keletihan pulang dari Mesyuarat Daerah Panitia Bahasa Melayu di SK Kuala Kubu Bharu Satu hari ini terubat setelah puisi Cinta Kosmetik disiarkan di Dewan Siswa, Februari 2014. Terima kasih kepada editor yang masih memberikan peluang pada puisi ini setelah terperam hampir setahun lebih. 

Puisi ini juga telah diulas oleh Puan Mahaya Mohd. Yassin dan disiarkan dalam ruangan Ulasan Puisi, Dewan Siswa dengan tajuk-Kepekaan yang Membijaksanakan. Saya perturunkan ulasan tersebut di sini.

Peka agama dan peka moraliti terlihat kemas dalam "Cinta Kosmetik". Pengalaman yang ditimba daripada keghairahan perempuan melabur untuk kecantikan wajah amat menarik. Penulis secara bijaksana mengakhiri sajaknya dengan kesimpulan yang mantap.

... kebahagiaan
keluhuran hati budi
kecantikan iman
kesopanan tutur kata
cerminan keindahan dalaman seseorang perempuan. 
Gaya penyampaian sajak ini bersifat prosaik, terutama pada rangkap pertama, kedua, ketiga dan keempat. Untuk rangkap pertama dan kedua, perhatikan contoh ini:
Berpusu-pusu ke kedai kosmetik
kecantikan kulit.


Ghairah
pamerkan kejelitaan
perlumbaan. 

12 ulasan:

  1. Esok nak dengar puisi JDT vs Kedah pula... :)

    BalasPadam
  2. tahniah ! CN mmg tak berapa faham maksud puisi2 ni..hehe

    BalasPadam
  3. Salam,

    cikgu... paste lah puisi nyer kat sini... nak baca... pls...

    BalasPadam
  4. tahniah helmi.. semoga terus success... :D

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. tahniah.. cikgu Helmi mmg hebat.. :)

    BalasPadam
  6. Tahniah untuk Cinta Kosmetik cikgu! Bunyi judulnya pun dah cukup unik.

    BalasPadam
  7. Unik sekali tajuknya...Cinta Kosmetik = kecantikan kosmetik. Ditujukan kepada wanita2 yang memiliki kecantikan yang tidak asli...hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78