Pengikut

Sabtu, 28 Jun 2014

Tugasan, Format, Arahan PT3 - Subjek Sejarah 2014



Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Soalan Tugasan, Format, Arahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 bagi subjek Sejarah dan Geografi. Tugasan ini bermula pada 1 Julai 2014.  Arahan tersebut berupa Arahan kepada Guru dan Arahan kepada Calon.

Dalam bahan yang disertakan itu juga turut dijelaskan dan dibekalkan Kerangka Pelaksanaan Tugasan dan Panduan Rubrik Penskoran untuk pemberian markah untuk tugasan yang dihasilkan pelajar.  Calon juga boleh memuat turun tugasan, format, arahan PT3 subjek Sejarah ini di sini.

Tugasan PT3 Sejarah 2014: Rencana Perpaduan Kaum di Malaysia


Baca petikan berikut dengan teliti



Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia

Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan. 

Format Tugasan PT3 Sejarah 

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 

1. Tajuk rencana 
2. Nama penulis 
3. Isi kandungan: 
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum 
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum 
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum 
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan 
(g) Menyenaraikan sumber rujukan 

Arahan Tugasan PT3 Sejarah


2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Sejarah wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014. 

2.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014. 

2.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini. 

2.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan. 

2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang. 

2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. 

2.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu. 

2.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian. 

2.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta. 

2.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 

2.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 

2.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika calon didapati melakukan plagiat calon boleh digagalkan atau diberikan gred F. 

2.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan. 

2.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 

2.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa dalam penulisan.


Oleh itu, calon haruslah bersedia dengan tugasan yang diberikan. Calon diingatkan supaya menghasilkan tugasan mengikut format dan arahan yang diberikan untuk memperoleh markah yang cemerlang. Pastikan calon membuat rujukan bagaimana cara menulis rencana yang baik. Kriteria yang turut dinilai adalah menulis sumber rujukan dengan betul dan tepat



13 ulasan:

  1. Mujurlah dulu sejarah bukan subjek wajib, kalau tidak mesti saya failed hehe

    BalasPadam
  2. tahun ni turn adik husna yg no 3 tuh.. dgr dya crita pasal soalan yg diberi, jenuh jgak laa nak siapkan semua.. jiran husna yg mna cikgu geo di skolah adik hsna blajar tu crita srba sikit psal PT3 nih. gayanya dah mcm budak degree buat research.. sgt2 mndalam dan memerlukan sumber yg bnyak..

    BalasPadam
  3. mana la budak2 tu tahu nak buat.sepatutnya cikgu ajar dulu mcm mana nak buat.ni tak.kementerian pun satu buat dulu baru nak kaji kesan dan implikasi PT3 ni.aku setuju dgn pandangan husna zahidi yg mengatakan gaya research mcn nak buat ijazah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ! Aku pun setuju. Aku lah mangsanya :( tahun pertama pulak tu :( hope dapat tunjuk contoh yang baik kepada junior2 yang akan ambik nanti. Amin~ ^_^

      Padam
  4. nama kita sendiri

    BalasPadam
  5. waduh.. pening kepala adeshhh!! boleh jadi gila la kalau macam ni.. stress sangat... tak faham langsung nak wat kajian kes ni... WADUH! siapa mau tolong jelaskan?? please :/

    BalasPadam
  6. waduh stress nye.. ! :/ tak faham langsung bah :( camne nak buat kajian kes untuk esok ??

    BalasPadam
  7. Feel really stess ..
    cnt understand clearly about this PT3...
    Nervous up tp the date

    BalasPadam
  8. faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum mcm mna ? pening ah pt3 .. nak jgak dpt A tapi kalau mcm ni pisang

    BalasPadam
  9. Nasib baik saya dpt cg sekolah yg memahami dan bertimbang rasa. dia kata kita *guru2* akan cuba sedaya upaya utk tolong murid2 kita utk mendapatkan gred A dlm mata pelajaran sejarah :') terharu.

    BalasPadam
  10. kenapa susah sangat,nasib baik ada internet

    BalasPadam
  11. anak aunty PT3 2015 - anak aunty mintak tolong carikan bahan sejarah " Sistem pendidikan merupakan satu cara untuk melahirkan perpaduan di negara" dan perkara penting yg perlu di cari ialah pengenalan, kepentingan, faktor, langkah-langkah, cabaran, rumusan, iktibar, pengetahuan dan harapan .............isk, isk, susah benar tu nak cari dah macam student university tuh ....ini ke yg mahu di perkenalkan kpd pelajar tingkatan 3 ???? ..............

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78