Pengikut

Rabu, 16 April 2014

Tetamu Istimewa Dilancarkan dalam Program Membaca Sejuta Pembaca

Assalamualaikum.

Karnival Buku Jelajah PBAKL 2014
-Program Membaca Sejuta Pembaca
(kredit foto dari blog Monalita Mansor)



Saya mendapat perkhabaran daripada seorang novelis Kabus Rindu iaitu Monalita Mansor yang mana katanya, Tetamu Istimewa telah dilancarkan pada 12 April 2014 oleh YB Haji Ahmad bin Haji Mazlan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia di MRSM Tun Dr. Ismail, Pontian Johor dalam program Membaca Sejuta Pembaca. Beliau juga sempat membaca seperenggan kisah daripada antologi tersebut.

Betapa, saya rasa sangat bersyukur dan terharu dibuatnya. Biarpun saya tidak sendiri yang menyaksikan pelancaran tersebut, cukup hanya mendengar berita ini hati saya berasa sangat gembira. Sememangnya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM ini amat sesuai untuk bacaan golongan remaja. Jika tidak percaya boleh baca Ulasan Buku: yang ditulis oleh Wanariahamiza dan beberapa ulasan oleh blogger yang lain di sini

Lebih daripada itu, saya mengharapkan buku ini bukan sekadar memenuhi tuntutan memperkayakan khazanah persuratan Melayu sahaja, bahkan dapat disebarluaskan lagi melalui aktiviti sebegini. Tahniah, diucapkan kepada MRSM Tun Dr. Ismail yang berjaya menyuburkan budaya membaca dalam kalangan pelajarnya.

Kepada yang berminat untuk memilikinya, boleh pesan daripada saya. Stoknya masih ada. 


17 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Pha Is yang sudi menyokong saya. Saya juga menantikan ulasan atau sebarang catatan hasil belian Tetamu Istimewa daripada Pha Is.

      Padam
  2. tahniah yee..jom join GA April di blog Syira, berlangsung selama seminggu je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Terima kasih juga atas pelawaan ini.

      Padam
  3. Jemput baca laporan penuh yang tidak sepertinya. http://monalitamansor.blogspot.com/2014/04/penghargaan-buat-tetamu-istimewa.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas usaha yang telah dilakukan. Ya, sudah pasti akan saya terjah.

      Padam
  4. Alhamdulillah, tahniah Cikgu:) Tumpang bangga dan gembira mendengarnya.Akhir-akhir ini semakin jarang golongan guru yang mempunyai kelebihan dan kemahuan seperti anda, memperkaya khazanah bahasa dengan usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit.Semoga terus istiqamah dan suksess ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bersyukur saya CM dengan berita gembira ini. Seharusnya PPD mengambil satu langkah untuk membugarkan dan memberi pendedahan kepada guru dalam menyampaikan wadah ilmu atau kreativiti melalui penulisan.

      Padam
  5. Saya pun terharu dengan penghargaan yang cikgu terima. Ya...sewajarnya cikgu berbangga dengan pengiktirafan ini. Semoga ianya mencetus semangat cikgu untuk berkarya dengan hasil yg lebih baik, menarik, berkualiti dan bermutu! TAHNIAH!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih BM. Sesungguhnya saya amat berbangga setakat pencapaian saya ini. Biarpun orang tidak mengenali penulisnya, cukup kiranya karya saya yang tampil membawa wacana untuk dikongsikan dengan masyarakat semua.

      Padam
  6. hebat helmi..tahniah...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Kehebatan cikgu semakin terserlah.

    BalasPadam
  8. tahniah cikgu! saya pula yang rasa terharu
    moga terus menghasilkan karya yang terbaik ye
    sekali lagi tahniah =)

    BalasPadam
  9. Wow hebat!! Kampung saya tu.. tempat tu tak smpai 5 minit dari rumah saya. Tumpang gembira atas kejayaan cikgu.. semoga terus sukses.. :) :)

    BalasPadam
  10. Opss.. silap.. dewan MRSM.. 15 minit dari rumah org tua saya.. bukan rumah saya hehee.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78