Pengikut

Rabu, 16 April 2014

Penghargaan Buat Tetamu Istimewa


Pelancaran Tetamu Istimewa di MRSM Tun Dr. Ismail
-kredit foto dari blog Monalita Mansor 

Apabila saya membaca catatan yang ditulis oleh Monalita Mansor tentang hari pelancaran Tetamu Istimewa dalam program Membaca Sejuta Pembaca, membuatkan saya berasa bangga dan terharu. Siapalah saya, jika hendak diambil kira daripada status kepengarangan saya. 

Saya hanyalah penulis muda yang mempertaruhkan Tetamu Istimewa karya pertama saya dalam bentuk buku untuk dibawa ke pentas yang lebih besar dalam sejarah dunia kepengarangan saya. Tidak termimpi sedikit pun untuk melihat Tetamu Istimewa satu-satunya buku yang dilancarkan dalam satu acara besar sebegini bagi saya. Namun begitu, perancangan Allah SWT lebih hebat daripada apa yang saya fikirkan. 

Penulis menulis begini dalam satu entri kahas yang ditulis untuk saya" Penghargaan Buat Tetamu Istimewa.

Saya terpinga-pinga seketika, perkataan Tetamu Istimewa itu sangat sinonim dengan minda saya. Namun ketika itu, saya memang betul-betul 'blank'- Kemudian disebut pula nama penulis dan asalnya. Mohd Helmi Ahmad dari Batang Kali Selangor. Ketika itu baru saya teringatkan seorang blogger dengan blognya Tetamu Istimewa, Cikgu Helmi Ahmad.
Saya mencari-cari juga kalau Cikgu Helmi naik ke pentas, malangnya hanya Tetamu Istimewa yang dibawa naik ke pentas. Sempena program Membaca Sejuta Pembaca, YB Hj Ahmad telah membaca seperenggan sedutan cerpen di dalam Tetamu Istimewa. Sekali lagi, disebabkan faktor usia, saya gagal mengingat tajuk cerpen tersebut.

Untuk membaca catatan selanjutnya tentang hari pelancaran Tetamu Istimewa dalam program Membaca Sejuta Pembaca bolehlah ke blog beliau dengan klik entri ini: Penghargaan Buat Tetamu Istimewa.

Nota: Biar sebaik mana sekalipun buku itu, tanpa pembaca buku itu tidak akan ke mana-mana dan sekadar menyendatkan rak di pasaran sahaja. Oleh itu, saya mengharapkan sokongan kalian semua yang belum memiliki buku ini untuk mendapatkannya daripada saya. 

12 ulasan:

  1. Assalamuaiakum..
    Semoga sukses selalu om :)

    BalasPadam
  2. Tahniah,inshaAllah saya akan dapatkan buku tersebut.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..semoga terus success cikgu..

    BalasPadam
  4. wah..tahniah helmi dan TI..

    BalasPadam
  5. Tahniah & Syukur buat cikgu... tapi saya pula yg rasa terkilan, kenapalah tidak dijemput cikgu untuk menghadiri majlis tersebut......

    BalasPadam
  6. alhamdulillah.. tahniah helmi.. semoga terus bersemangat untuk menulis.. :D

    BalasPadam
  7. tahniah helmi..
    tumpang bangga:-))

    BalasPadam
  8. Tahniah cikgu. Satu perkembangan yang cukup membanggakan.

    BalasPadam
  9. Salam Cikgu;

    Ucapan tahniah dan syabas, semoga terus bersemangat untuk menulis demi memandaikan masyarakat.

    BalasPadam
  10. kenapa pula saya yang terharu ni
    tahniah cikgu

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. tahniah cikgu Helmi. Peluang yg sgt baik utk kejayaan yg berterusan. Semoga dipermudahkan segala urusan cikgu & semoga cikgu Helmi terus berjaya... aamiin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78