Pengikut

Isnin, 30 Jun 2014

Tugasan Sejarah PT3 2014: Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum

Assalamualaikum.

Format Tugasan PT3 Sejarah 
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 

1. Tajuk rencana 
2. Nama penulis 
3. Isi kandungan: 
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum 
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum 
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum 
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan 
(g) Menyenaraikan sumber rujukan



C. Menghuraikan Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum


1. Usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri 

Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri  yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.  Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama. 

2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.

Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar.  Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya.  Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama.  

3. Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif  dengan menggalakkan rakyat saling  mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah lagi.  

4. Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan perpaduan telah disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, karya sastera seperti “Seuntai Kata Untuk Dirasai”, “Dirgahayu Bahasaku” dan sebagainya daripada karya sasterawan negara yang tersohor, yakni A. Samad Said dan lain-lain lagi.

Rujukan:
1.http://brainly.my/tugasan/7075



14 ulasan:

  1. selamat menjalani ibadah puasa

    BalasPadam
  2. terima kasih atas maklumat yang amat berguna ini..:) selamat berpuasa...

    BalasPadam
  3. terima kasih. Maklumat amat yang diberi membantu.. doakan agar saya berjaya ya :)

    BalasPadam
  4. Terima Kasih kerana memberi maklumat ini untuk membantu saya dlm PT3.

    BalasPadam
  5. nasib baik la ada benda ni semua .. susah kan org najib nihh !! huhu~

    BalasPadam
  6. Kita semua perlu bersatu utk berjaya...

    BalasPadam
  7. Daripada banyak2 blog, blog ni yang banyak makluat tentang PT3 , terima kasih :)

    BalasPadam
  8. Maklumat ini sangat membantu saya dalam membuatb kerja krusus sejarah... tq tq tq tq tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78