Pengikut

Sabtu, 19 April 2014

Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH (2) Kembali Lagi

Assalamualaikum.



Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH tahun lalu telah melakar sejarah penting dalam menyemarakkan bidang kesusasteraan negara. Kali ini, ia kembali lagi dengan membuka peluang lebih besar kepada penulis dari seluruh tanah air!


Tiga kategori dipertandingkan iaitu NOVEL, KUMPULAN CERPEN, DAN KUMPULAN PUISI masih dikekalkan dan hadiah bernilai lebih RM130,000 ditawarkan kepada pemenang!

Syarat-syarat Penyertaan: 

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.
  • Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk mana-mana kategori yang disertai. Bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap kategori. 
  • Karya mestilah belum/tidak pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  • Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dengan KLIK DI SINI
  • Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman, bersaiz 12 poin dalam kertas bersaiz A4.
  • Kepanjangan karya :  
          a. NOVEL: tiada had halaman. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan sinopsis tidak lebih
             dua (2) halaman. 
           b. KUMPULAN CERPEN: minimum 10 karya atau 10 buah cerpen.
           c. KUMPULAN PUISI: minimum 30 karya atau 30 buah puisi.  

  • Manuskrip yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
  • Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai mana-mana pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.
  • Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit lain.
  • Tarikh tutup penyertaan: 31 JANUARI 2015.
  • Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. 

PENGHANTARAN: 

Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan boleh dikirimkan melalui e-mel kepada: sayembara@itbm.com.my

ATAU

Dicetak dan dihantar melalui pos kepada:

URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II 
WISMA ITBM, NO. 2 JALAN 2/27E, SEKSYEN 10,
WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.
(U.P.: MOHD ROZLAN MOHAMED NOOR)

atau

URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II 
RUMAH PENA
961-7, JALAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
50460 KUALA LUMPUR.
(U.P.: AZALAN HUSSAIN)

Sumber: Portal ITBM

15 ulasan:

  1. Wah! Pertandingan besar-besaran. Saya rasa belum layak lagi nak sertai. Banyak lagi kena belajar. :)

    BalasPadam
  2. Jom sertai tuan. Tuan antara orang yang menjadi inspirasi saya untuk terus berkarya. Kumpulan cerpen menjadi taruhan. Moga kita dapat bertemu semasa majlis penyampaian hadiah nanti. =)

    BalasPadam
  3. Salam Cikgu;

    Wah menarik ni, cikgu mesti masuk ni;)...

    BalasPadam
  4. saya rasa macam nak join jugalah
    nak asah kembali bakat yang telah tumpul
    apapun terima kasih untuk makluman ni ye

    BalasPadam
  5. Wow.. menarik.. semoga berjaya kpd yg mengambil bahagian..

    BalasPadam
  6. Menarik ni! Cikgu jangan lepaskan peluang keemasan ini, berjaya atau tidak..itu tidak penting. Dapat terpilih pun sudah satu kejayaan... Jgn terlambat ya!

    BalasPadam
  7. assalamualaikum.. sudi berkongsi cerita?

    BalasPadam
  8. nk sertai tpi sya nk tnye. adakah penggunaan bhasa sustera tau bhasa melayu yg biasa kita gnakan? hrp bls ye. tq

    BalasPadam
  9. nk sertai jg nnie....kebetulan sya bru dpt info nie...

    BalasPadam
  10. Maksud langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman, bersaiz 12 poin dalam kertas bersaiz A4.... saya tak berapa faham.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya, karya itu ditaip double spacesing, jenis tulisan dia pula Times New Roman dan bersaiz 12.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78