Pengikut

Rabu, 10 September 2014

Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 Bocor

Assalamualaikum.



Nampaknya isu soalan bocor sekali lagi menghantui sistem peperiksaan di Malaysia. Kali ini belum pun soalan tersebut diduduki oleh murid telah dilaporkan soalan tersebut bocor.

Kertas Peperiksaan Sains (018, 028, 038) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan pada esok Khamis 11 September 2014 pada pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi telah dilaporkan bocor menerusi laman sosial.

Dalam Kenyataan Akhbar Lembaga Peperiksaan yang dipetik dari Berita Harian Online, peperiksaan ini akan ditangguhkan. Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains (Science)  adalah pada 30 September 2014

Alahai, kesiannya kepada calon-calon yang telah bertungkus lumus belajar dan membuat ulang kaji. Moga segala yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. 



6 ulasan:

  1. Betol ke cikgu helmi...
    Alahai kesian bebudak kan

    BalasPadam
  2. Bocor lagi soalan peperiksaan.. siapakah manusia yang tak bertanggungjawap ini

    BalasPadam
  3. siapa yang bocorkan kalau bukan orang dalam lembaga peperiksaan tu sendiri? erm, begini la jadinya kalau ambik pekerja yg tak amanah. :(

    BalasPadam
  4. hmmm.sabo je la...tak tau nak komen apa lagi...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78