Pengikut

Khamis, 13 Disember 2012

Dapatkan Majalah Terbitan DBP Disember 2012 di Pasaran


Kepada pembaca yang budiman semua, jika ada sesiapa yang mengalami masalah untuk mencari majalah terbitan DBP di sekitar Alor Setar  bolehlah ke TOKO BUKU CAHAYA BARU, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Untuk memudahkan lagi, boleh hubungi mereka; 04 7338862.

Majalah untuk bulan Disember 2012 seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Pelita Bahasa dan Dewan Pelajar telah pun berada di sana sejak 9 haribulan lagi. Cepat sebelum habis.





*Kredit gambar dari portal DBP

Namun, majalah langganan saya masih belum sampai. Alangkah baiknya, kalau majalah langganan itu sampai seawal bulan. Barulah ada hak ekslusif kepada pelanggan yang melanggan. Jika tidak lebih elok beli saja di kedai. Cepat.

4 ulasan:

  1. Kak Long pun sudah mula menempah majalah-majalah terbitan DBP menerusi pembekal buku-buku DBP di negeri Perlis iaitu Kedai Arena Kaki Buku, Kangar. Jadi Kak Long sudah ada jaminan - Semua yang menempah, pasti akan mendapat naskhah mengikut pesanan setiap bulan.

    BalasPadam
  2. Ya, kalau melanggan pun lebih mudah. Tapi lambat sikit. Di kedai lebih awal rasanya sampai.

    Dulu saya di IPG Perlis, saya selalu juga ke kedai IndraStore kalau tak salah. Wakil pengedar DBP juga.

    BalasPadam
  3. Arena Kaki Buku tu diuruskan oleh anak Pak Aziz Indra Store, encik Karnain. Indra Store dah berpindah ke situ dan dah bertukar nama :)

    BalasPadam
  4. Oh, begitu. Dah lama tak ke sana jadi tak tahu perkembangannya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78