Pengikut

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadan Al Mubarak


Sedar tidak sedar Ramadan al Mubarak bakal menjelma. Esok. Cepatnya. Namun sudah bersediakah kita untuk menerimanya? Yang pastinya biarlah Ramadan pada tahun ini lebih bermakna daripada Ramadan lepas. Dengan kata lain, amalan yang dilakukan pada tahun ini lebih daripada Ramadan lepas. Pahala yang dikumpul pada tahun ini lebih daripada tahun lepas.

Pagi nanti bangun bersahur. Moga tidak merungut disiang harinya lapar dan dahaga. Selalunya hari pertama memang mencabar. Jika lepas, sudah tentu hari-hari berikutnya akan lancar. Insyaallah. Setiba sebelah petang, tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk ke bazar Ramadan. Boleh, bukan tidak boleh. Semasa berbelanja biarlah berhemah. Kawal nafsu. Agar tidak membazir.

Ramadan tahun ini saya melaluinya seorang diri di rumah sewa. Agak sedih.

Selamat menyambut Ramadan al Mubarak saya ucapkan kepada pengunjung blog Tetamu Istimewa dan seluruh umat Islam di dunia ini.

10 ulasan:

  1. Salam Ramadan juga buat Tetamu Istimewa! :)

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan,

    tahniah cerpen anda di majalah Perempuan Ogos 2012 :)

    BalasPadam
  3. Salam Ramadan cik hanna:-

    Terima kasih atas makluman. Saya belum dapat mencari lagi majalah tersebut.

    BalasPadam
  4. Ramadhan al-Mubarak, moga Ramadhan tahun ini memberi kita lebih makna dlm ibadah..

    BalasPadam
  5. Ya Kak Yusnida. Moga Ramadan kali ini lebih bermakna.

    BalasPadam
  6. Cepat2 lah cari patner tuan hilmi..hihi baru x sunyi..kat umah sewa..

    BalasPadam
  7. salam ramadhan Helmi,
    jangan sedih sambut sorang-sorang...kalau sedih jugak cepat-cepat cari calon....hehe

    BalasPadam
  8. salam ramadan nad. huhu, calon? tak dak nad. ad ke org nakkan aku ni?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78