Pengikut

Selasa, 24 Julai 2012

Benarkah Tiket Balik Raya Sudah Habis?


Hari ini dalam HARIAN METRO ada melaporkan cerita tiket bas untuk balik berhari raya nanti. Dikatakan tiket bas untuk hari raya nanti sudah mula dijual seawal 30 Jun 2012. Kebanyakan tiket yang menjadi rebutan adalah antara 16 hingga ke 19 Julai 2012. Tarikh yang kritikal agaknya. 

Alamak, saya belum beli lagi. Macam mana ni? Cadangan saya untuk ke Pudu Sentral pada hari sabtu ini. Mujur kawan saya memberitahu yang dia akan ke Pudu Sentral malam ini untuk membeli tiket pulang ke Pulau Pinang. Saya kirimkan sahaja padanya. Harap-harap adalah. 

Kebanyakan tiket bas yang dilaporkan habis adalah untuk perjalanan ke Pantai Timur. 

Harap-harap juga penjual tiket tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tiket sewenang-wenangnya. 

2 ulasan:

  1. tahniah sajak di TC Ogos. :)

    rasanya ke utara masih ada.. tidak sekritikal ke pantai timur tiketnya.

    salam ramadhan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih saudari Jamilah.

    Harap begitulah. Tiket musim raya bagaikan pisang goreng panas.

    Salam ramadan juga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78