Pengikut

Ahad, 22 Julai 2012

Ruangan Ulasan Buku di Mingguan Malaysia


Adakah anda sedar yang Mingguan Malaysia mempunyai ruangan baharu? Ruangan itu diberi nama Ulasan Buku. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan ulasan buku yang dibaca bolehlah berbuat demikian. Kirimkan kepada emel yang tertera. 

Moga ulasan buku tersebut dapat dikongsikan dengan pembaca. Barangkali ada yang tidak sedar yang buku dibaca anda itu berada di pasaran. Siapa tahu, setelah membaca ulasan buku anda itu menarik minat pula pembaca-pembaca di luar untuk mencarinya. 

*Entah kenapa ya, karya-karya Faisal Tehrani menjadi tumpuan. Sehingga hendak diharamkan. Mengapa tidak sebelum diterbitkan dikaji, tapis dahulu. Tidaklah setelah diterbitkan macam-macam bunyinya. 

Bersabarlah Faisal Tehrani. Anggaplah ini semua dugaan. Selalunya buku yang 'bermutu' akan menjadi sasaran.

2 ulasan:

  1. Buku-buku pop yang tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan tamadun manusia tidak pula diharamkan. Aneh.

    BalasPadam
  2. Begitulah al kisahnya... tidak tahulah mcm mana hendak cakap.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78