Pengikut

Selasa, 31 Julai 2012

Puisi: Sesaat Bersama di Mingguan Malaysia


Alhamdulillah, itulah yang boleh saya nyatakan di sini. Setelah mengidam untuk melihat karya (puisi) tersiar di Mingguan Malaysia buat kali kedua untuk tahun ini tercapai juga. Bukan sedikit usaha dan doa yang telah dilaburkan demi sebuah puisi ini. Boleh dikatakan sejumlah puisi saya juga yang tersadai sahaja di meja editor Mingguan Malaysia saya fikir. Mana tidaknya hampir setiap bulan saya hantar. Namun, benarlah untuk mengecap sesuatu kejayaan kita harus melalui seribu kesulitan. Kadangkala pahit menjelau hati. Namun berbekalkan setitik semangat yang terpintal dalam urat nadi telah menyuntik kebangkitan semangat yang luar biasa. Begitulah yang saya rasa setiap kali karya saya tersiar. Terima kasih editor Mingguan Malaysia yang tidak jemu melayan layangan karya saya baik puisi mahupun cerpen. Puisi ini mengambil sempena bulan Ramadan yang penuh barakah. 

Minggu lepas puisi rakan penulis saya, iaitu saudara Wadiassofi Jaafar tersiar di Mingguan Malaysia. Judulnya RAMADAN. Tanpa menunggu lama saya menghantar SMS untuk mengucapkan tahniah. Begitulah yang saya lakukan setiap kali karya rakan penulis yang tersiar. Bila ditanya bila dia hantar puisi tersebut dia menyatakan sekian tarikh. Tarikh yang diberikannya itu terlalu singkat berbanding puisi ini yang saya hantar. Namun rezekinya terlebih dahulu.

Pada hujung minggu, iaitu hari ahad, Wadi telah mengirimkan SMS kepada saya dengan menyatakan bahawa puisi saya tersiar di Mingguan Malaysia. Ketika itu betapa Tuhan sahaja yang tahu gembiranya. Saya berharap puisi ini dapat dikongsi dengan saksamanya bersama para pembaca. 

*Sudah menjengah Ramadan yang ke 11

16 ulasan:

  1. Tahniah! Sekampung dengan abang Wadi ke?

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Haniff. Taklah sekampung. Tapi Wadi ni baik orangnya. Dia sanggup minta no fon abang dekat editor Tunas Cipta semata-mata nak berkenalan.

    BalasPadam
  3. La ya ka...nanti kirim salam dekat dia ya. Saya pun dah bertahun-tahun cari dia. Dia ada blog dak?

    BalasPadam
  4. Tahniah, abang Helmi!

    Sama-sama kita manfaatkan 'Sesaat Bersama' melewati detik-detik penuh barakah bulan Ramadan!

    BalasPadam
  5. Insyaallah, Haniff. Rasanya tak ada blog.

    BalasPadam
  6. Terima kasih, Suhada.
    Alhamdulillah, moga-moga begitulah.

    BalasPadam
  7. Bang Helmi, HSKU 2011 semakin hampir. Mesyuaratnya telah diadakan. Editor sudah bagi petanda bahawa majlisnya selepas Aidilfitri dan terbaru saya dapat mengagak maksud editornya bahawa, minggu hadapan surat jemputan akan mula dihantar. Kalau dapat surat bagi tahu tau! hehehe.

    BalasPadam
  8. Ya ke Haniff. Siapa editornya? Di mana ya dapat tahu?
    Insyallah, tak tahulah kalau rezeki, adalah tu. Sebab seperti abang cakap hanya 3 buah cerpen sahaja pada tahun lepas yang tersiar. Itupun di Harmoni.

    2 minggu lepas ada orang Utusan telefon, katanya dia hendak sahkan alamat penulis yang menghantar karya ke Utusan. Barangkali semua penulis yang hantar karya dibuat panggilan rasanya.
    Gementar rasanya.hehehe

    BalasPadam
  9. Bang Helmi, saya baca di status FBnya. Dia penyelenggara HSKU.Mungkin tersangkut lagi la tu...hehehe...

    BalasPadam
  10. Siapa namanya ya?
    Tersangkut? Amin.
    Ada tak kawan Haniff yang karya tersiar tahun lepas dapat panggilan telefon untuk sahkan alamat?

    BalasPadam
  11. assalamualaikum .. err, abg helmi ? puisi tu byk maknanya bila sy baca . tiba-tiba rasa macam sentap plus terharu baca .. :')

    BalasPadam
  12. Waalaikumsalam. Terima kasih saudari Naurah Nawwarah kerana singgah di sini.

    Terima kasih juga kerana menyukai karya saya. Saya menulis sekadar yang mampu. Tidak sangka pula puisi ini meninggalkan kesan kepada saudari.

    Saya tidak dapat masuk ke blog saudari. Kenapa ya?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78