Pengikut

Jumaat, 3 Ogos 2012

17 Ogos 2012 Cuti Berganti Aidilfitri

Beberapa hari lepas saya ada terbaca akan cadangan seorang guru di Utusan Melayu supaya 17 Ogos 2012 diberi cuti. Antara rintihannya kerana sekolah di kawasan B iaitu sekolah yang bermula pada hari isnin dan berakhir pada hari jumaat akan mengalami kesulitan untuk pulang berhari raya di kampung. Tambahan pula bagi sekolah yang dua sesi. Sudah tentulah malam hari barulah dapat bergerak pulang. Jika pulang hari sabtu sudah tentu akan mengalamai kesesakan lalu lintas.

Tup-tup hari ini saya baca surat khabar Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan 17 Ogos 2012 adalah cuti berganti. Sekiranya sekolah memohon cuti pada 17 Ogos 2012, sekolah itu haruslah menggantikannya pada 22 September 2012. Semuanya terpulang pada kehendak sekolah itu sendiri sama ada ingin bercuti awal tetapi perlu menggantikannya pula.

Alhamdulillah juga kerana hari raya Aidilfitri kali ini jatuh dalam cuti sekolah. Jadi para pendidik, murid-murid bolehlah bercuti selama seminggu. Rancanglah perjalanan dengan baik. Ingatlah orang tersayang. Moga Aidilfitri kali ini lebih ceria.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78