Pengikut

Ahad, 9 Mac 2014

Penemuan Perakam dan Penyimpan Data (Kotak Hitam) Bakal Menjawab Misteri Kehilangan MH370

Ketika ini pasti ramai yang sedang mengikuti perkembangan misteri kehilangan pesawat MH370. Pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menjejak MH370. Pada masa yang sama kita mengharapkan semuanya selamat.

Sewaktu saya bersekolah dahulu, seringkali guru memaklumkan bahawa sekiranya kapal terbang terhempas atau terlibat dalam nahas, perkara utama yang dicari selepas menyelamatkan mangsa ialah Perakam dan Penyimpan Data (Kotak Hitam). Apakah fungsi dan peranan kedua-dua kotak hitam ini? 

Perakam dan penyimpan data (Kotak Hitam)

Fungsi Kotak Hitam


  • Kotak yang digunakan untuk merakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR).
  • FDR mencatat hingga 700 parameter yang berkait dengan operasi dan aktiviti penerbangan pesawat seperti kelajuan, tekanan udara, ketinggian, posisi kawalan kokpit, kompas, pengukur mesin dan aliran bahan bakar.
  • CVR merakam suara manusia, suara mesin dan bunyi lainnya di kokpit kira-kira 25 jam terakhir.
  • Ia merakam perbualan antara juruterbang dan menara kawalan udara serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca sepanjang penerbangan.
  • Data FDR dan CVR disimpan pada Memory Boards yang dilindungi CRash Survivability Memory Unit (CSMU) yang mempunyai beberapa lapisan daripada aluminium tipis, silika dan baja tahan karat atau juga titanium yang kuat dan tahan terhadap letupan pesawat.
  • Ada dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat yang diyakini mudah dijumpai jika berlaku tragedi.
  • Rakaman komunikasi sepanjang penerbangan menerusi kotak hitam ini penting untuk mengetahui punca kemalangan membabitkan pesawat.
  • Kotak hitam pertama dicipta rakyat Autralia, Dr David Warren. 

Sebelum kotak hitam ini dijumpai, tidakkah ada cara atau teknologi yang boleh digunakan untuk mengesan kedudukan pesawat seperti MH370 ini? Jika tidak ada, kita sebagai umat Islam masih ada satu "senjata" terakhir yang boleh dilakukan iaitu, DOA. Marilah sama-sama kita mendoakan mereka ini selamat.

Biarpun kita hanya mampu merancang, Allah SWT menentukannya, namun sekurang-kurangnya kita telah berusaha. 

Sumber: Berita Minggu


Misteri Kehilangan MH370 Satu Pembongkaran Rahsia atau Satu Tragedi Buat MAS?

Assalamualaikum.

Seminggu ini pelbagai kejadian yang menimpa rakyat Malaysia. Pertamanya dengan program catuan air, kemudian diikuti pula dengan misteri kehilangan pesawat MH370. Semua ini memberi tamparan hebat buat kita semua untuk lebih bersabar dengan ujian yang diturunkan ini. 

Misteri kehilangan MH370

Misteri Kehilangan MH370

MH370 yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dikatakan tidak dapat dikesan selepas membuat penerbangan pada pukul 12.41 pagi. Pesawat ini dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi.

Bagaimanapun, sekitar 2.40 pagi, tiada isyarat yang dapat dikesan setelah kali terakhir pesawat ini dikesan pada kedudukan longitud 065515 utara dan latitud 1033443 timur. Menurut kerajaan Vietnam, pesawat MH370 dikhuatiri hilang di kedudukan 225 kolometer dari Barat Daya Wilayah Ca Mau, Selatan Vietnam. 

Senarai penumpang dan negara yang terlibat

Posisi terakhir penerbangan MAS MH370 


Pesawat MH370 berkapasiti 282 penumpang (35) kelas perniagaan dan (247) kelas ekonomi yang mula beroperasi sejak 2002 ini telah membawa 239 penumpang yang terdiri daripada pelbagai negara.

Penumpang warganegara lain yang berada di dalam pesawat ialah China (152 termasuk seorang bayi), Indonesia (7), Australia (7), India (5), Perancis (4), Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi) , New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1). 

Pesawat dan juruterbang MAS MH370 
  • Pesawat Malaysia Airlines dalam perjalanan ke Beijing yang hilang semalam dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53
  • Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18, 365 jam.
  • Pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab. Hamid, 27.
  • Farid berpengalaman terbang, 2,763 jam dan menyertai MAS pada tahun 2007.
  • Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan.
  • Paling selamat dalam kategori pesawat.
  • Membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 krew penerbangan. Kesemuanya 239 orang.

Tragedi libatkan pesawat MAS 


Pesawat MAS MH370


Ramai yang beranggapan bahawa pesawat MH370 ini sudah terhempas. Hal ini demikian kerana bekalan minyak pesawat ini hanya boleh bertahan hingga 8.15 pagi. Menurut Pengarah Operasi Penerbangan Jabbatan Penerbangan Awam (DCA), Kapten Datuk Yahaya Abd. Rahman, jika mengikut bekalan minyak, pesawat itu mampu terbang selama tujuh jam tanpa henti tetapi sekarang sudah terlebih kerana sepatutnya kehabisan minyak pada pukul 8.15 pagi ini. 

Kali terakhir tragedi yang melibatkan pesawat MAS ialah pada tahun 2013 (10 Oktober). Pesawat MAsWings jenis Twin Otter membawa 16 penumpang termasuk juruterbang terhempas di Kudat, Sabah menyebabkan tiga tercedera apabila ia tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah. 

Penumpang misteri dalam pesawat satu pembongkaran rahsia

Bagaimana MAS terlepas pandang apabila dua penumpang misteri dalam pesawatnya adalah pemakai memakai pasport curi. Segala-galanya terbongkar apabila MAS mengeluarkan senarai nama penumpang yang hilang. Dua penumpang itu dikatakan warga Itali dan Austria. 

Pasport curi yang digunakan penumpang MH370
-Gambar hiasan

Menurut Kementerian Luar Itali, warganya Luigi Maraldi, 37 yang disenaraikan sebagai penumpang MH370 seperti dikeluarkan oleh MAS, tidak berada di dalam pesawat berkenaan. Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand, Ogos tahun lalu. 

Sementera itu, jurucakap Kementerian Luar Austria di Vienna berkata, penumpang negaranya Christian Kozel, 30 yang turut dilaporkan hilang dalam pesawat MH370 sebenarnya tidak berada di dalam penerbangan dan polis mengesahkan dia berada di rumahnya. Pasport Kozel juga dilaporkan dicuri dua tahun lalu ketika dia melawat Thailand. 

Walau apapun yang berlaku, sama-samalah kita mendoakan semua penumpang yang berada dalam pesawat MH370 selamat. Paling penting, janganlah kita membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan dan pencarian pesawat MH370 bersama-sama penumpangnya. Jika Allah SWT berkehendakan sesuatu, walau tidak terduga oleh kita segala-galanya mungkin terjadi. Moga doa kita semua dimakbulkan Allah SWT, pesawat MH370 dan penumpangnya ditemui selamat. 

Rujukan:
Berita Minggu, 9 Mac 2014
Mingguan Malaysia, 9 Mac 2014

Sabtu, 8 Mac 2014

Kreativiti Susun Atur Bilik Darjah

Assalamualaikum.

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang Kreativiti Hiasan Bilik Darjah. Entri tersebut kupasannya lebih kepada hiasan fizikal yang boleh mencantikkan bilik darjah, mewujudkan suasana ceria, menarik dan bewarna-warni bagi mencetuskan rasa teruja dan keseronokan murid-murid untuk belajar. Untuk mengetahuinya lebih lanjut, boleh baca entri tersebut. 

Bilik darjah yang menarik, kreatif dan kondusif

Saya yakin dan percaya bahawa kita semua pernah melalui sistem pendidikan di sekolah. Dalam sistem pendidikan ini pula menyediakan bilik darjah yang dijadikan tempat penyampaian dan penerimaan sesuatu ilmu dari seorang guru kepada seorang murid. Proses ini akan lebih lancar sekiranya penyediaan tempat atau bilik darjah itu lebih sesuai, selesa dan mesra atau kata lain kondusif. 

Oleh itu, kreativiti susun atur bilik darjah yang menarik, kreatif dan kondusif amat penting dalam menjana perkembangan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Bagaimanakah yang dikatakan susun atur bilik darjah seperti ini? 

Bilik darjah sekolah di Malaysia

Sekolah di Malaysia yang rata-ratanya mempunyai bilangan murid yang berbilang jumlahnya menyebabkan guru-guru haruslah bijak dalam menyusun atur bilik darjah tersebut. 

Di sekolah saya, bilik darjah kelas pertama mencecah 45 orang murid dan bilik darjah kelas terakhir sekitar 25-30 orang murid. 

Bagi bilik darjah yang sedikit bilangan muridnya, menjadi satu kelebihan untuk guru-guru menyusun atur bilik darjah tersebut berbanding bilik darjah yang bilangan muridnya ramai. 

Pelan lantai susun atur bilik darjah

Pelan lantai susun atur bilik darjah di bawah ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada guru-guru untuk merancang bagaimana hendak menyusun atur bilik darjah di sekolah masing-masing. 

Bagaimanapun, saya kurang selesa dan berminat untuk menyusun atur meja murid berempat-empat ini dan kedudukannya menyisi daripada guru. Saya lebih selesa kedudukan meja murid yang berhadapan dengan guru dan berdua-dua sahaja. 

Pelan lantai susun atur bilik darjah

Petunjuk Pelan Lantai Susun Atur Bilik Darjah
-kredit foto dari belajartinggitinggi.blogspot.com


Pengurusan fizikal bilik darjah

Sebenarnya susun atur bilik darjah meliputi juga pengurusan bilik darjah. Apabila menyentuh pengurusan bilik darjah, secara tidak langsung segala apa yang diuruskan itu bukan sahaja murid bahkan kerusi, meja, almari, papan info, bakul sampah dan beberapa item lagi yang seharusnya ada dalam sebuah bilik darjah. 

Pengurusan fizikal - susun atur meja dan kerusi
-kredit foto dari syadidhabib.blogspot.com

Guru yang kretif akan sedaya upaya menyusun atur bilik darjahnya dengan sebaik mungkin tanpa menjadikan jumlah murid ramai atau tidak sebagai kekangan. Hal ini demikian, kerusi dan meja yang menjadi item utama dalam bilik darjah haruslah disusun kemas dan teratur. Susun aturnya haruslah mengambil kira kesesuaian bilangan murid. 


Sudut papan info juga harus diurus dengan baik
-kredit foto dari eitazulfikli.blogspot.com

Selalunya sudut papan info atau kenyataan berada di hadapan bilik darjah dan di belakang bilik darjah. Papan info di bahagian hadapan bilik darjah boleh dipaparkan maklumat berkaitan carta organisasi kelas, jadual tugas, jadual waktu, kalendar dan sebagainya yang difikirkan perlu. 

Manakala, papan info di bahagian belakang boleh diletakatkan hasil kerja murid mengikut mata pelajaran. Papan info ini hendaklah dikemas kini dari masa ke masa.

Kreativiti susun atur bilik darjah juga merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada seorang guru. Guru yang kreatif mampu mewujudkan satu suasana PdP yang menarik sekaligus merangsang minat murid untuk datang ke sekolah untuk belajar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78