Assalamualaikum.
Saya langsung tidak percaya, apabila seseorang membeli buku dia akan menjadi miskin. Lantas, saya suka menambah begini, apabila seseorang membeli buku dia akan menjadi kaya. Kaya itu sangat subjektif untuk ditakrifkan dengan material. Sebaliknya tidak, jika dengan penambahan ilmu pengetahuan, pengalaman dan segala sumber yang berkait rapat dengan pencernaan daya fikir hingga mampu membentuk peradapan bangsa berilmu.
Penulis dan Buku Berpisah Tiada
Harus bagaimana lagi untuk saya nyatakan bahawa penulis harus berdamping dengan buku. Dengan aktiviti pembacaan yang bugar, nescaya segala penulis itu mampu mencipta satu kondisi yang mana dia masih hidup dalam dunia penulisan.
Sudah agak lama saya tidak membeli buku. Namun itu tidak memberi tanda bahawa saya tidak membaca dalam tempoh itu. Pada bulan Ogos ini saya mengambil keputusan untuk membeli beberapa buku; kumpulan cerpen, kumpulan puisi, buku panduan penulisan dan kembara sastera.
Kembara Sastera
Sudah lama saya hendak membeli buku ini. Namun seringkali tertangguh. Bagaimanapun, percayakah anda bahawa saya pernah menulis artikel tentang buku ini yang bertajuk Transformasi dalam Pendokumentasian Hasil Penulisan yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa. Antara lain, artikel itu menjelaskan tentang bagaimana penulis merakam kembara sasteranya ke dalam bentuk buku. Sebelum itu, catatan itu dikongsikan dalam blognya sendiri.
Kuasai Cerita dan Menulis Secara Kreatif
Saya tidak merancang untuk membeli kedua-dua buku ini. Namun, kehadiran kedua-dua buku ini secara lintas pandang apabila saya terbaca status Puan Zalila Isa-Editor ITBM. Langsung, tanpa memikir panjang saya memesan terus daripada beliau. Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik pada buku ini ialah "Panduan Penulisan Kreatif untuk Remaja". Sebagai penulis karya remaja saya harus mendalami ilmu penulisan karya remaja dengan sebaik-baiknya. Buku ini ialah buku terjemahan yang sekali imbas belekan saya, sangat baik mutunya.
Kumpulan Puisi - Dongeng Perkebunan dan Aroma
Kedua-dua kumpulan puisi ini membawa aura yang tersendiri dalam jagat sastera. Dongeng Perkebunan karya Jasni Matlani pernah memenangi Tempat Ketiga Sayembara Penulisan ITBM 2. Manakala Aroma hasil cetusan pengarang, pengkritik yang sangat hebat keberadaannya dalam dunia penulisan sastera di Malaysia iaitu SM Zakir.
Buku dari Indonesia
Melihat Api Bekerja, Yang Hidup dan Mati dan Perempuan Patah Hati yang Kembali Menemukan Cinta Melalui Mimpi antara yang menarik perhatian saya untuk memilikinya. Suka saya menceritakan bahawa kumpulan cerpen Eka Kurniawan - Perempuan Patah Hati yang Kembali Menemukan Cinta Melalui Mimpi ini, sebelum membuat keputusan membelinya saya ada terbaca artikel yang memperkatakan tentang buku ini. Langsung, tanpa berfikir panjang saya memutuskan untuk membelinya. Sebelum ini saya pernah membaca novelnya, Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas.
Oleh itu, haruskah kita berasa rugi untuk membeli buku? Sedangkan buku-buku bakal menjadi khazanah ilmu yang sangat tinggi nilaiannya pada suatu masa nanti.
Oleh itu, haruskah kita berasa rugi untuk membeli buku? Sedangkan buku-buku bakal menjadi khazanah ilmu yang sangat tinggi nilaiannya pada suatu masa nanti.
Ilmu itu lebih bernilai dan sangat bermanfaat hasil kita melabur yang sedikit..
BalasPadambetol! saya sokong!
BalasPadamSaya tertarik dengan buku kembara sastera,di mana saya boleh membelinya?
BalasPadamBuku ini terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Boleh beli secara online.
PadamTahniah ya, puisi tersiar dalam BH. Baru saya tahu siapa penulisnya.
Amat setuju dengan kenyataan di atas, membeli buku tidak menjadikan miskin. Membeli buku menambahkan ilmu...terus semangat membaca cikgu Helmi.
BalasPadamTahniah masih setia membeli buku. Saya sekarang dah terpaksa kurangkan membeli. Menjadi mahasiswa ni, banyak yang perlu dicatu. :)
BalasPadam