Pengikut

Khamis, 25 Disember 2014

Skuad Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke Sekolah?

Assalamualaikum.



Skuad Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke Sekolah?


Sewaktu sekolah dahulu, banyak penjual buku cerita yang berjualan di sekolah dalam kala waktu tertentu. Penjual akan mengedarkan "flyers" yang menyenaraikan judul buku dan harganya. Keesokannya, mereka akan datang semula membawa buku tersebut dan murid sekolah akan mengerumuni meja jualan untuk mendapatkan buku yang dijual. 

Saya melihat faktor penarik murid sekolah membuat pilihan untuk membeli buku adalah pada judul, kulit dan harganya. Judul haruslah menarik, kulit buku perlulah berwarna-warni dan harga perlulah sesuai dengan "pendapatan" mereka yang masih bersekolah.

Setelah menjadi guru, saya melihat peluang ini sangat baik dalam usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah. Hal ini demikian kerana murid akan lebih mudah untuk mendapatkan buku yang berada di pasaran sama ada terbitan terkini ataupun sebelumnya.

Namun begitu, ada sedikit kekecewaan kerana buku yang dibawa oleh penjual buku kurang atau tidak membawa buku sastera daripada penerbit yang unggul dalam penerbitan genre ini di Malaysia seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kini Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

Sebagai penerbit yang menerbit buku untuk bacaan kanak-kanak dan remaja, saya fikir adalah satu kerugian sekiranya buku yang diterbitkan tidak dipasarkan kepada golongan sasaran yang selayaknya. Mengapakah saya katakan "rugi" kerana permintaan tinggi atau golongan sasaran ini berada di sekolah rendah (kanak-kanak) dan menengah (remaja).

Kini tibalah masanya penerbit yang menerbitkan buku untuk bacaan kanak-kanak dan remaja menubuhkan Skuat Buku untuk membuat promosi ke sekolah-sekolah seperti yang dilakukan oleh Mobilebookcafe. Dalam kala tertentu, penyusunan jadual boleh dilakukan untuk penjelajahan ke sekolah seluruh Malaysia.

Saya fikir, cara ini lebih berasas dan berfokus daripada hanya menunggu karnival buku atau pesta buku yang diadakan yang kadang kala tidak tersampai oleh mereka yang duduknya jauh.

Sekadar cadangan.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78