Assalamualaikum.
Alhamdulillah, berbaki seminggu lagi saya di kampung menghabiskan cuti persekolahan, saya sedaya upaya cuba menyiapkan kerja-kerja penyuntingan manuskrip ketiga buku saya.
Sebelum itu, ada berita gembira yang hendak saya kongsikan yang mana buku kedua saya, Kumpulan Puisi Remaja bakal terbit 2015 nanti. Insya-Allah, buku ini bakal menemui pembaca awal Januari 2015. Perjanjian Penerbitan sudah saya terima dan akan ditandatangani. Doakan buku kedua ini selamat diterbitkan.
Oleh itu, kepada pembaca yang berminat bolehlah mendapatkan buku ini nanti. Insya-Allah, harga istimewa akan diberikan kepada pembeli yang telah mendapatkan Tetamu Istimewa sebelum ini. Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, akan saya jelaskan selepas buku ini selamat diterbitkan.
Setelah enam tahun saya menulis secara eceran dalam majalah dan surat khabar, akhirnya karya-karya tersebut berjaya dibukukan. Saya kira dengan penerbitan buku ini dapatlah dijadikan satu dokumentasi terbaik dalam bidang penulisan kepada saya.
Ayuhlah kepada penulis eceran yang hendak menerbitkan buku, bolehlah gerakkan kerja-kerja penyusunan manuskrip. Untuk kerja-kerja penyusunan manuskrip, bolehlah rujuk entri saya secara ringkas yang saya kongsikan. Moga entri itu dapat memberikan pencerahan.
nice sharing
BalasPadamYa Allah cikgu, dengkinya saya dengan kegigihan cikgu. Tahniah untuk buku kedua. Tapi saya lebih menantikan buku ketiga cikgu, sebab saya lebih gemarkan cerpen. Dan cikgu, Insyaallah sikit masa lagi tibalah giliran saya. Hehe. :)
BalasPadam