Pengikut

Khamis, 11 Disember 2014

Koleksi Karya Faisal Tehrani

Assalamualaikum.


Sejak akhir ini penerbitan novel popular dan "indie" semakin rancak beredar dalam pasaran. Novel-novel ini pula mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Namun begitu, dari satu segi baik sekiranya novel itu membawa nilai dan pengajaran yang baik. Di samping penggunaan bahasa yang betul. Walau bagaimanapun, kerancakan penerbitan itu sedikit pun tidak memancing pembaca tegar yang tetap dengan bacaan novel sastera yang membawa sarat pemikiran. 

Selain daripada karya Azizi Hj Abdullah (Allahyarham), saya juga turut membaca dan mengumpul karya Faisal Tehrani sebagai koleksi. Biarpun, penulis ini pernah dilabel dengan penulis yang menerapkan unsur syiah dalam karyanya hingga diharamkan novelnya itu, itu bukanlah satu penghalang untuk saya terus membaca karyanya. 

Bagi saya, pembaca harus matang dalam menilai karya yang dibacanya. Dalam kata lain, membaca untuk mengetahui bukan untuk diamalkan sesuatu yang tidak baik. Sebongkah Batu di Kuala Berang dan Perempuan Nan Bercinta pernah diharamkan penerbitannya. 

Pertama kali saya membaca karya Faisal Tehrani ketika mengambil Komponen Sastera (Komsas). Cerpen Kerana Manisnya Epal, sangat mengesankan saya. Saya fikir, karya penulis ini dibaca oleh pelbagai lapisan umur. 

Antara koleksi karya Faisal Tehrani yang telah saya miliki:


Novel
1. Advencer Si Peniup Ney
2. Ikan Fugu, Lukisan & Jimson
3. Tuhan Manusia
4. Bila Tuhan Berbicara
5. Tunggu Teduh Dulu
6. Rahsia Ummi
7. Surat-surat Perempuan Johor8
8. Maaf dari Sorga
9. Bahlut
10. Manikam Kalbu
11. Detektif Indigo
12. 1515
13. Ketupat Cinta Musim 1
14. Ketupat Cinta Musim 2
15. Detektif Indigo Kembali
16. Sebongkah Batu di Kuala Berang
17. Perempyan Nan Bercinta

Kumpulan Cerpen
1. Kekasih Sam Po Bo
2. Tiga Kali Seminggu

Kumpulan Drama
1. Derik Kerisik


4 ulasan:

  1. wah.. sy pon ske baca buku faisal tehrani jugak. buku 1 yg peniup ney.. rasanya ada lg satu bku lama beliau ; bedar sukma bisu. ^^

    BalasPadam
  2. cikgu, samalah dengan saya, meminati karya Faisal Tehrani kerana membaca cerpen Kerana Manisnya Epal ketika berada di sekolah menengah (saya terlalu sukakan KOMSAS masa tu)..dan novel Manikam Kalbu serta Tunggu Teduh Dulu..pernah juga membaca Ketupat Cinta, sindiran yang terkesan kepada sesiapa yang berkenaan..=)

    BalasPadam
  3. Saya suka karya beliau Tunggu Teduh Dulu... ;-)

    BalasPadam
  4. Dan saya belum pernah ada satu pun buku tulisan beliau walaupun mulut selalu menyebut. Sedihnya, masih menantikan masa dan kewangan untuk kumpul koleksi macam cikgu juga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78