Pengikut

Isnin, 1 Disember 2014

Acik@Aku Penghibur Telah Mendapatkan Tetamu Istimewa

Assalamualaikum.

Disember 2014 membuka tirai hari ini. Tidak lama lagi, tahun 2015 bakal menjelma. Apakah perancangan kalian semua pada bulan ini? 

Masih ingatkah kalian semua dengan buku saya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa? Alhamdulillah, buku ini semakin mendapat permintaan daripada guru-guru terutamanya.

Ada juga yang membeli Tetamu Istimewa untuk ditempatkan dalam Pusat Sumber Sekolah masing-masing untuk bacaan para pelajar. Moga, buku ini mampu memberi satu pengalaman istimewa dan baharu kepada pelajar dalam meniti denai kehidupan. 



Terima kasih saya ucapkan kepada Acik@Aku Penghibur, blogger popular yang telah mendapatkan buku ini. Saya berharap, Acik dapat memberikan sedikit ulasan pada buku ini.

Pandangan daripada pihak pembaca amatlah saya harapkan untuk saya memperbaiki mutu penulisan saya. Terima kasih sekali lagi Acik@Aku Penghibur yang telah mendapatkan Tetamu Istimewa.





3 ulasan:

  1. Assalammualaikum... tetamu istimewa,

    Insaallah.. moga mendapat hati dikalangan pembaca buku... keep up..

    mselim3

    BalasPadam
  2. InsyaAllah...jika Acik buat promosi buku tu mesti meningkat jualannya. Cuba2 lah :)

    BalasPadam
  3. inshaAllah ada masa acik review buku tersebut

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78