Pengikut

Isnin, 8 Disember 2014

Tetamu Istimewa: Buku Pilihan Berita Harian

Assalamualaikum. 

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM, 2014 mengisi ruangan Buku Pilihan dalam akhbar Berita Harian pada 5 Disember 2014. Terima kasih kepada pengelola ruangan ini kerana sudi berkongsi dan mempromosikan buku saya ini. 

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa

Telah banyak kenangan yang saya bersama dengan buku ini. Cerpen-cerpen yang dimuatkan dalam buku ini setiap satunya mempunyai kisahnya yang tersendiri. Ada juga yang telah menempah kejayaan yang tidak terduga. 

1. 15 cerpen yang pernah disiarkan dalam majalah dan surat khabar.
2. 5 cerpen yang telah melalui penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan  (HSKU) ExxonMobil.
3. 3 cerpen telah memenangi Hadiah Penghargaan HSKU dan 2 cerpen telah layak ke peringkat akhir.
4. Cerpen "Bunga Telur Kenduri Kahwin, bakal diterbitkan dalam bentuk Buku Audio oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Saya petik Prakata yang saya tulis dalam buku ini:

"Sebelum dewasa, tidakkah kita telah melalui alam keremajaan. Andainya, kita gagal dalam alam keremajaan itu bukan satu penghalang untuk kita berjaya dalam dunia kedewasaan. Andainya, kita gagal pula dalam dunia kedewasaan kita sudah tidak berupaya kembali membetulkan alam keremajaan. Remaja yang bijak ialah remaja yang berfikir dahulu sebelum bertindak."

Yang belum memiliki buku ini segeralah mendapatkannya agar kita semua dapat menghayati zaman remaja hingga akhir remaja yang bermula dengan cerpen Rancanganku Rancangan-Mu dan berakhir dengan cerpen Tetang Waris.

Yang baik itu daripada Allah SWT, yang khilaf itu daripada saya.

6 ulasan:

  1. Assalammualaikum... TI,

    buku yang baik memang sentiasa mendapat perhatian... moga cikgu sukses dalam bidang penulisan...

    mselim3

    BalasPadam
  2. tahniah, gembira utk Cikgu dengan perkembangan positif tentang Tetamu Istimewa:)

    BalasPadam
  3. Buku Tetamu Istimewa sangat istimewa.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78