Pengikut

Khamis, 1 Mac 2012

Zahari Hasib dalam Kenangan



Kredit gambar daripada blog Karyawan  PK

Rasanya tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan takziah kepada keluarga Tuan Hj Zahari Hasib yang baru sahaja pulang ke rahmatullah pada (26 Februari 2012). Walaupun beliau tidak mengenali saya dan saya juga tidak kenal dengan lebih dekat dengan beliau tetapi saya menyatakan bahawa semangat menulis beliau sangat mengkagumkan saya. Perjuangannya dalam dunia penulisan kreatif terutama sajak sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk saya terus menulis. Jujur saya katakan yang saya begitu 'cemburu' sekali setiap kali nama beliau sering kali terpampang dalam akhbar Mingguan Warta Perdana mengisi ruangan puisi. Begitu juga dalam media-media yang lain.

Terima kasih Tuan Osman Dol kerana sudi memberitahu saya. Sebenarnya saya pernah menanyakan Tuan Osman Dol hal Zahari Hasib berkenaan blog sekiranya beliau mempunyai blog agar mudah untuk saya mengikuti perkembangannya. Tetapi Tuan Osman Dol juga tidak menjumpainya.

Saya pernah memiliki kumpulan puisi remaja Zahari Hasib yang berjudul Kuntum Harapan. Himpunan puisi-puisi di dalamnya  menggunakan bahasa yang mudah tetapi mengandungi mesej yang baik. Pasti selepas ini saya akan merindui karya-karya beliau itu.

Al-Fatihah.


4 ulasan:

  1. Memang benar. Zahari Hasib seorang yang kental, gigih dan hebat.
    tidak ada istilah jemu dalam hidupnya. Boleh dikatakan setiap bulan ada saja sajaknya yang tersiar.
    Dia juga menulis tidak mengira tempat. Saya rasa dia menulis bukan kerana wang tetapi kerana kepuasan.
    semoga Allah tempatkan rohnya di sisi roh orang-orang saleh...

    BalasPadam
  2. Tahniah cerpen anaknda dalam Utusan Melayu Mingguan.....SEKETUL HATI SEORANG DATUK....

    BalasPadam
  3. Terima kasih sekali lagi ayahanda. Saya harapkan dengan tersiarnya cerpen ini akan menyuntik semangat untuk saya terus berkarya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78