Pengikut
Khamis, 29 Mac 2012
Menulis Perlukan Perancangan dan Strategi
Percayakah anda kerja menulis juga perlukan perancangan dan strategi? Bukan sahaja penulis novel ataupun buku malahan penulis eceran yang juga menulis cerpen mahupun puisi perlukan perancangan dan strategi yang baik.
Pertamanya:-
1) Pastikan anda tahu karya yang anda hasilkan itu sesuai untuk dihantar dan dipertimbangkan di majalah atau surat khabar mana.
Contohnya: cerpen yang berkisar kekeluargaan haruslah memilih majalah yang sesuai seperti Jelita, Harmoni, Seri Dewi & Keluarga dan lain-lain.
2) Pastikan anda mengambil peranan selaku editor terlebih dahulu yang mana anda bertindak mengedit, menyunting karya anda sendiri. Penyuntingan barangkali melibatkan ejaan, struktur ayat, kosa kata yang sesuai dan lain-lain yang difikirkan perlu. Kurangkan melakukan kesilapan yang berulang. Sebolehnya menggunakan kamus untuk menyemak ejaan yang tidak pasti. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dengan media yang dihantar. Jika untuk bacaan ibu-ibu janganlah guna bahasa yang tinggi dan tersirat maksudnya. Sebaliknya karya begitu lebih sesuai untuk bacaan majalah Dewan Sastera.
3) Pastikan anda tahu tarikh-tarikh penting setiap bulan.
Contohnya: karya yang bertema; iaitu seperti:-
Bulan Januari - Tahun Baru Cina
Bulan Mei - Hari Ibu, Hari Guru
Bulan Jun - Hari Bapa bulan Jun
Bulan Ogos - Hari Raya Aidilfitri, Kemerdekaan
Bulan November - Hari Deepavali
Bulan Disember - Hari Krismas
dan sebagainya mengikut perubahan.
Karya-karya bertema ini haruslah dihantar lebih awal dari tarikh penyiaran barangkali memerlukan dua atau tiga bulan awal.
4) Seperti yang saya sarankan dapatkan majalah atau surat khabar itu terlebih dahulu untuk mengetahui berapa halamankah yang diperuntukkan untuk ruangan cerpen atau berapa buah untuk puisi untuk setiap kali siaran. Bagi cerpen anda apasti dapat mengagak dari jumlah halaman yang diperuntukkan dan teliti jumlah perkataan keseluruhan cerpen tersebut. Barangkali anda sendiri perlu mengira jumlah tersebut untuk mengetahuinya. Jadi selepas itu cerpen yang dihantar tidaklah terlalu panjang ataupun pendek.
5) Pastikan anda mengikuti majalah atau surat khabar itu setiap bulan atau minggu. Hal ini perlu bukan sahaja untuk menyemak karya yang tersiar tetapi sebolehnya anda harus tahu bilakah media tersebut dikeluarkan. Maksudnya ada majalah yang keluar lebih awal dari tarikh sebenar seperti majalah WANITA. Selalunya WANITA akan keluar 10 ke 12 hari awal dari tarikh sebenar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78
Inilah kehebatan anaknda....ayahnda tidak ada perancangan yang begitu rupa. Tkasih.
BalasPadamTerima kasih ayahanda. Anakanda hanya berkongsi pengalaman sahaja. Lebih jauh lagi yang perlu anakanda pelajari. Moga ayahanda mampu membantu dan memberi sokongan.
BalasPadamSangat bersetuju. Terima kasih untuk perkongsian ini. :)
BalasPadamAlhamdulillah sekiranya perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
BalasPadamTerima kasih Ridhwan kerana sudi singgah ke sini lagi.