Pengikut

Ahad, 25 Mac 2012

Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012


Kreadit gambar dari portal PTS


Lebih kurang sebulan daripada sekarang Pesta Buku Antarabangsa PWTC bakal berlangsung. Adakah pesta buku ini berada dalam perancangan anda? Insyaallah acara ini berada dalam perancangan saya. Malah saya bercadang untuk pergi lebih daripada sekali. Sememangnya pesta buku ini menawarkan ribuan judul buku daripada ratusan penerbit. Ayuh, kita serbu nanti!

Sudah tentu apabila berada di pesta buku haruslah tenang dan memperuntukkan masa yang sesuai dan selesa. Janganlah tergesa-gesa takut nanti buku yang hendak dicari tidak jumpa. Dinasihatkan kalau hendak pergi berteman eloklah cari teman yang sekepala. Bukannya apa belum pun puas kita berada di sana sudah ajak balik. Hehehehe

Sebelum pergi sudah tentu anda mempunyai perancangan untuk pergi pada hari apa, buku apa yang hendak beli dan berapa belanjanya. Saya sudah membuat tinjauan untuk menyenaraikan beberapa buah buku yang hendak dibeli. Antara dalam perancangan adalah:
1. Sebelas Patriot -  Andrea Hirata
2. Tasik Syahdu dan Cerpen-cerpen Lain - A. Samad Said
3. Adik Datang - A. Samad Said
4. Al -Kisah - Zainal Rashid Ahmad
5. Dan beberapa lagi yang masih dalam perhatian.

Namun kita hanya mampu merancang. Kadang-kadang yang dirancang tidak dibeli yang tidak dirancang dibelinya pula. Sebolehnya saya akan cuba tepati.

Saya juga menantikan novel bersiri Ketupat Cinta edisi kedua dari Faisal Tehrani. Harap-harap sudah dibukukan dan berada di pesta buku nanti.

*PTS ada menjalankan peraduan Hebah dan Menang sempena pesta buku ini.

1 ulasan:

  1. 11 Patriot comfirm in my list! Karya Andrea Hirata memang tak pernah menghampakan =)
    Boleh pergi sama-sama!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78