Pengikut

Sabtu, 12 November 2011

Pemboros?



Seperti melepaskan geram setelah berjaya memborong sejumlah novel yang telah lama diidam-idamkan. Ada yang mengatakan saya ini pemboros. Pemboroskah? Namun bagi saya yang tidak pernah berkira untuk menghabiskan duit kerana novel. Kerana saya tahu membeli buku/novel adalah sesuatu aktiviti yang berfaedah. 

Saya pun tidak pasti dengan sejumlah novel tersebut bilakah saya akan dapat menghabisinya. Semasa saya menuntut di UPM dahulu seorang pensyarah saya iaitu Dr Kamariah Kamarudin tidak jemu-jemu menyarankan kepada kami anak didiknya untuk membeli buku. Walaupun pada masa itu tidak sempat untuk membacanya. Apa salahnya menyimpannya dahulu. Kerana pada waktu kita hendak membacanya kita boleh sahaja mengambilnya dirak koleksi kita sendiri. Jika buku itu sudah tiada lagi dipasaran pada waktu kita hendak membacanya siapa yang melepas kita juga. Rugi... Rugi....
Novel yang Sempat Dibeli

Semasa saya dan kawan-kawan saya (Pito dan Tepah) ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) saya sempat memborong sejumlah judul novel yang telah lama saya mencarinya. Kehampaan mencarinya di Alor Setar, telah berjaya ditebus setelah menjumpainya di sini.

Berikut merupakan senarai novel yang saya beli di beberapa kedai di Jalan TAR, MPH Midvaly dan KUPUTRA, UPM:

1. Manikam Kalbu - Faisal Tehrani (RM 25.00)
2. Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani (RM 21.90)
3. Derik Kerisek - Faisal Tehrani (RM19.00)
4. Detektif Indigo Kembali - Faisal Tehrani (RM 16.00)
5. Suriati - Azizi Abdullah (RM 19.00)
6. Kawin-kawin - Azizi Abdullah
7. Cinta Fansuri - A. Samad Said (RM 14.90)
8. Merantau ke Deli - HAMKA (RM 16.50)
9. Tenggelamnya Kapal Van Der Vick - HAMKA (RM 23.00)
10. Di Dalam Lembah Kehidupan - HAMKA (RM19.50)
11. Kombinasi Bunga Cinta - Salina Ibrahim (RM 22.90)
12. Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim (RM 18.90)
13. Tanda Sebuah Kurnia - Kamariah Kamaruddin (RM 14.90)*
14. IMPULS/ROH - Sri Rahayu Mohd Yusop (RM 20.00)*
15. Mendekati Seni Penulisan Kreatif - Lim Swee Tin (RM 20.00)
16. Antara Dua Deru - Arenawati (RM 21.00)
17. Pendoa yang Ikhlas - Azizi Abdullah (RM 32.00)*
18. Menyirat Nirmala - S.M. Zakir (RM 22.00)*

* Mendapat diskaun
  Karya Azizi Abdullah yang telah lama diidamkan
   Karya HAMKA  
Novel Salina Ibrahim

 
     Koleksi  Karya Faisal Tehrani     
  

 
Karya Sri Rahayu, A. Samad Said, Lim Swee Tin dan Kamariah Kamaruddin
             


5 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Jangan lupa dapatkan Tunggu Teduh Dulu dan Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani. Selamat membaca dan semoga saudara cemerlang sentiasa.

    BalasPadam
  2. Walaikumusalam, terima kasih Wardah Munirah kerana sudi meninggalkan jejak. Sebenarnya saya sudah membaca Tungu Teduh Dulu dan Tuhan manusia. Sesungguhnya sangat luar biasa. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi

    BalasPadam
  3. Wah! Berpatutanlah pencapaian cikgu dengan buku-buku yang cikgu miliki. Banyak membaca, karya pun bagus.

    Semua judul di atas belum saya miliki. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, minat membaca karya sastera ni bermula sejak saya mula menulis. Dan sokongan dan kata-kata semangat Dr. Kamariah Kamaruddin pensyarah saya yang mengasuh kami menelaah karya hebat ini.

      Boleh cuba usahakan. Sememangnya saya berbangga dengan koleksi buku yang saya ada.

      Padam
    2. Insyaallah akan cuba diusahakan kelak. Nak juga berjaya, jadi orang 'hebat'. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78