Pengikut

Isnin, 28 November 2011

Godaan Nafsu

Walaupun buku-buku yang baru dibeli dalam bulan ini juga belum habis lagi membacanya saya sudah membelinya lagi. Entahlah, seolah-olah saya tidak tahan dengan godaan nafsu. Nafsu untuk mendapatkan buku-buku kreatif ini sangat membara.

Senarai buku yang berjaya digeledah:-
1. Seorang Tua di Kaki Gunung -Azizi Haji Abdullah
2. Pertiwi -Azizi Haji Abdullah
3. Beberapa Pembetulan - S. Othman Kelantan
4. Menganyam Pelangi - Rejab F.I
5. Meniti Kala - Arena Wati
6. Sandera - Arena Wati
7. Mevrouw Toga - Arena Wati
8. Penjara Waktu - Abdullah Tahir
9. Bintang Mengerdip - Susunan Dharmawijaya
10. Opera - T. Alias Taib
11. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur - Keris Mas 
12. Dewan Sastera

Boleh dikatakan buku-buku ini cetakan lama. Kesemuanya mendapat diskaun yang sangat luar biasa. Sebenarnya buku-buku ini 'dilonggok' di tepi berdekatan pintu masuk. Sememangnya bukan untuk promosi tetapi disebabkan rak-rak buku telah dipenuhi buku baru. Jadi buku-buku lama ini terpaksa diketepikan. 


Kepada yang tinggal di Kedah, Alor Setar, Tandop, Simpang Kuala dan kawasan yang sama waktu dengannya bolehlah mengunjungi Toko Buku Cahaya Baru yang berada di Jalan Langgar. Di sini mempunyai banyak koleksi karya yang baik dan bermutu. Sememangnya anda akan berpuas hati.

Buku yang sempat digeledah
Koleksi Arena Wati
Kumpulan Cerpen S. Othamn Kelantan dan Rejab F.I
Kumpulan Puisi dan Novel Keris Mas
Dewan Sastera Edisi Januari 2008 dan Julai 2006

Azizi Haji Abdullah (Allahyarham) 

9 ulasan:

  1. incik,beli kat DBP ke?
    dah lama cuti baca novel,tunggu andrea hirata tak keluar-keluar lagi...=(

    BalasPadam
  2. Boleh saya dapatkan alamat penuh kedai buku tersebut daripada sdr?

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada Al Ghazali Sulaiman yang sudi meninggalkan jejak. Alamatnya:- 14, Taman Enggang, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah. Kedai ini pengedar buku DBP. Ni no telefonnya-04 7338862 (Dekat dengan masjid Al Bukhari)

    BalasPadam
  4. Saya gemar mendapatkan buku yang langka di pasaran. Maklumat yang sdr berikan sangat membantu.

    Mungkin akan singgah ke sana dalam kunjungan ke Kedah nanti. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. naduta saya beli di Alor Setar, Kedah. Kedai ini menjual buku terbitan DBP. Buku andrea hirata tajuk ape ya? Maaf kerana lambat memberi respon, sebab tak perasan komen anda (dalam spam)

    BalasPadam
  6. Sama-sama kepada Al Ghazali Sulaiman. Moga kembara Tuan mendapat manfaat dan memperoleh apa yang dihajati.

    BalasPadam
  7. Nak menangis pun ada apabila tengok judul-judul buku milik cikgu ni. Semunya buku-buku yang hebat, tapi satu pun belum pernah saya ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini buku-buku lama. Sengaja saya beli buat simpanan memandangkan buku ini memiliki kehebatannya yang sering diperkatakan. Ada yang belum sempat saya baca.

      Padam
    2. Lihat saja pada nama-nama penulis pun, dah tahu memang hebat. Fuhhh.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78