Pengikut

Ahad, 18 Januari 2015

Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

Assalamualaikum.



Sewaktu mesyuarat guru kali pertama bagi sesi 2015, guru besar saya ada memaklumkan bahawa mulai 2015, setiap guru perlu menyediakan satu fail untuk Profil PPB Individu Guru.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa itu Profil PPB Individu? Profil PPB Individu itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan. 

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. Katanya, profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan  dan pembangunan kerjaya." 

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU

Nama: 
Jawatan:
Tempat Bertugas: 

BAHAGIAN ISI FAIL

A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. sasaran Kerja Tahunan

B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan dalam Aktiviti PPB

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
1. Senarai Tugas dan Tanggungjawab
2. Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
3. Penulisan/Penerbitan

D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain
3. Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain

F. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan


Vitae Kurikulum terdiri daripada maklumat peribadi (seperti nama, alamat), rekod perkhidmatan, pencapaian, senarai kursus yang dihadiri dan perkara-perkara lain yang berkaitan. 

Moga perkongsian bahan Profil PPB Individu ini dapat membantu guru-guru menyediakan fail yang terbaik. 


11 ulasan:

  1. ermmmmm.... so far sek leeza belum bersuara pasal file ni.

    BalasPadam
  2. Salam. Ada lg tak penerangan tentang fail ni. Kalau ada mohon dikongsikan boleh. Sy sedang mencari bahan utk perbentangan.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...
    emm....tambah lagi kerja cikgu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal....tapi...saya yang menurut perintah...

      Padam
  4. Boleh guna pemisah rekaan sendiri tak?

    BalasPadam
  5. Terima kasih.. ringkas dan padat. Maklumat yang berguna kepada guru

    BalasPadam
  6. terima kasih. sangat membantu

    BalasPadam
  7. Salam, cikgu boleh x send tetulang fail kepada saya? TQVM. james_chiew89@yahoo.com

    BalasPadam
  8. Tuan2 boleh add group Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di fb :)
    Admin pn Roslina sangat membantu dengan berikan penerangan terperinci Alhamdulillah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78