Pengikut

Rabu, 6 Mac 2013

Karya Siapakah yang Tersiar di Tunas Cipta Mac 2013?


Tahniah kepada karyawan muda yang karyanya mendapat tempat di Tunas Cipta Mac 2013. Rajinlah berusaha dan jangan berhenti setakat ini sahaja. Perlu lebih berani meneroka ruang sastera yang luas ini. Saya juga bermula dari sini. Tunas Cipta banyak memberi peluang kepada saya untuk lebih yakin dan berani menghasilkan karya yang terbaik.

Kepada penulis tersebut, bolehlah tinggalkan komen anda di sini, supaya dapatlah saya tahu dan berkongsi pandangan. Semoga terus berkarya!

6 ulasan:

  1. Sdr sudah dapatkan Majalah TC bulan Mac? Saya menulis artikel mengenai Teater Raja Lawak. Pertama kali menulis reviu teater. Belum mendapatkan majalah ini lagi. sob sob sob.

    BalasPadam
  2. Saya belum dapatkan lagi TC tu. Ini saya ambil dalam web DBP.

    Kalau begitu, tahniah saya ucapkan. Insyaallah, setelah dapat nanti saya akan baca. Teruskan menulis.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Abang Helmi.

    Dah lama rasanya tidak berkunjung ke blog ini. Untuk makluman, salah satu daripada cerpen di dalam Tunas Cipta Mac 2013 ialah karya mantan peserta MPR 2012, iaitu Sanisha Bogaraja. TAjuk cerpennya ialah Sahabat Dua Benua. Beliau juga merupakan rakan kelas saya di IPG.

    BalasPadam
  4. Waalaikumusalam, Fathul.

    Terima kasih atas makluman. Ucapkan tahniah kepada dia, dari saya.

    Mesti Fathul popular di IPG. Hehehe

    BalasPadam
  5. Selamat petang.

    Saya, Sanisha Bogaraja. Penulis cerpen 'Sahabat Dua Benua'. Selamat berkenalan.

    Terima ksih.

    (:

    BalasPadam
  6. Selamat petang, saudari Sanisha Bogaraja.

    Terima kasih sudi singgah di sini. Tahniah untuk cerpen yang tersiar di Tunas Cipta.

    Semoga terus berkarya!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78