Pengikut

Selasa, 5 Mac 2013

Ulasan Buku: Gelora Jiwa Seorang Penulis di Mingguan Malaysia


GELORA JIWA SEORANG PENULIS merupakan ulasan buku saya yang tersiar di Mingguan Malaysia, 3 Mac 2013 semalam. Terima kasih kepada editor yang menyiarkannya. 

Buku yang diulas ialah Pengalaman Kreatif: Merangkai Kisah, Merenda Kata, karya Marsli N.O, terbitan ITBM. Sebelum ini begitu sukar untuk saya mendapatkan buku ini. Hingga saya mengambil keputusan untuk membelinya daripada penulisnya sendiri. Dan Marsli N.O telah pun bersetuju untuk membantu saya mendapatkan buku ini. Walau bagaimanapun, saya tidak jadi membeli daripada penulisnya sendiri kerana saya menyedari yang Pesta Buku 1Malaysia akan berlangsung. Jadi,  untuk lebih memudahkan dan cepat saya membelinya di pesta buku tersebut. 

Terima kasih juga kepada penulisnya yang sudi mengirimkan emel kepada saya (ucapan terima kasih). Saya berbesar hati dan berbangga dapat mengulas buku penulis yang saya kagumi. 

Apa yang boleh saya katakan, rugi jika tidak membaca buku ini. Jadi, dapatkannya di pasaran sekarang ini juga.

2 ulasan:

  1. Tahniah, cikgu. Kak Long dah lihat dalam FB Tuan Marsli NO. Beliau ada masukkan keratan akhbar ulasan buku beliau oleh cikgu.

    Tahniah, sajak "Membuka Jendela Hidup", tersiar dalam Harian Metro, 5 Mac 2013. Cikgu, pi beli cepat, satgi habih hehehehe :)

    Teruslah berkarya!

    BalasPadam
  2. Terima kasih Kak Long yang rajin mengikuti perkembangan penulisan saya.

    Oh, ya kah? Apalah yang ditulis statusnya? Saya tak ada FB, jadi tak tahulah.

    Terima kasih juga atas makluman penyiaran sajak saya tu. Dah lama sebenarnya tunggu dan mencuba. Akhirnya, berjaya juga. Dah lama sajak tak tersiar di Harian Metro.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78