Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

Putih yang Memikat


Sedar tak sedar hari ini sudah 14 Mac 2013. Hampir separuh bulan kita berada dalam bulan Mac. Harapan saya, hari ini lebih baik daripada semalam. Bulan ini lebih baik daripada bulan sebelumnya.

Saya hendak bercerita tentang majalah yang baru saya beli ini. Cuba tengok kulit kedua-dua majalah ini. Walaupun menggunakan latar belakang berwarna putih, masih nampak serinya. Barangkali pandangan itu abstrak sifatnya. Namun, saya masih menyatakan bahawa kulit kedua-dua majalah ini cantik.

Sebelum ini saya ada memaklumkan bahawa di Batang Kali ada dijual beberapa majalah DBP. Hari ini saya ke kedai itu lagi. Yang tinggal hanya majalah Dewan Ekonomi. Yang lainnya sudah habis. Tetapi, berganti pula dengan majalah Dewan Bahasa. Alangkah seronoknya saya. Jadi, selepas ini tidak perlulah saya bersusah-susah untuk mencarinya di Kuala Lumpur lagi. Harapan saya majalah ini akan terus dijual di kedai ini untuk bulan seterusnya. 

Kenapa saya beli Harmoni ini? Selain kulitnya menarik perhatian saya masih ada isi di dalamnya yang membuatkan saya tidak berfikir panjang untuk memilikinya sebagai koleksi peribadi. Nantikan!

2 ulasan:

  1. Kedai buku di KL Sentral juga sudah kembali menjual majalah DBP. Rasanya majalah DBP makin senang dibeli.

    BalasPadam
  2. Ya ke...Jamilah. Em, baguslah.

    Namun, majalah yang mendapat sambutan bagi saya ialah Dewan Sastera, Tunas Cipta, Pelita Bahasa dan Dewan Budaya. Susah juga nak cari.

    Tapi saya dah langgan DS,TC dan PB. Cuma saya nak cari Dewan Budaya, sebab cerpen saya ada keluar.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78