Assalamualaikum.
Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk sesi 2014/2015 masih tidak ada sebarang berita ataupun iklan. Saya menjawab beberapa soalan atau pertanyaan daripada pengunjung blog ini yang bertanya tentang permohonan KPLI dan DPLI.
Pasti masih ramai lepasan ijazah yang berminat untuk menjadi guru tertunggu-tunggu iklan permohonan untuk mengikuti KPLI dan DPLI. Bagaimanapun, graduan harus ingat bahawa KPLI dan DPLI dilaksanakan antara lain untuk menampung kekurangan guru pada satu ketika.
Namun begitu, setelah Institut Pendidikan Guru Malaysia telah berjaya melahirkan calon guru sekolah rendah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan universiti lain yang menawarkan bidang perguruan terutama untuk sekolah menengah, maka lama kelamaan tawaran untuk mengikuti KPLI dan DPLI dimansuhkan secara peringkat demi peringkat.
Pernah satu ketika, graduan IPG dan universiti yang mengikuti bidang perguruan atau pendidikan tidak berpuas hati kerana dengan adanya KPLI dan DPLI seolah-olah guru KPLI dan DPLI telah merampas tempat mereka untuk ditempatkan di sekolah.
Hal ini didakwa telah menyebabkan mereka lambat ditempatkan dan kemungkinan berlaku lambakan guru. Bagaimanapun, graduan harus ingat bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat unjuran terlebih dahulu sebelum membuat penawaran kepada calon guru. Jadi, tidak berlaku siapa merampas tempat siapa dan berlakunya lambakan guru.
Setelah menjadi guru, berkhidmatlah dengan tekun, jujur dan amanah.
Benar...lepasan UPSI ramai yg menganggur dan terpaksa mencari kerjaya lain selagi KPLI dan DPLI ini masih diteruskan...
BalasPadamhmmm....tak tahu nak komen apa..
BalasPadamiya? tapi kenapa isu kurang cikgu kat sekolah masih ada?
BalasPadamrata-rata sy ke sekolah. semua cikgu complain tak cukup kaki tangan sampaikan cikgu kena handle semua benda.. hmm.. smell something fishy..
PadamLambakan guru?kurang ada lah
BalasPadamApe plak nak dikatekan rampas merampas, klau ada rezeki kat situ, adalah.. buat ape risau.
BalasPadamsalam, encik..ada apa2 pekembangan terkini berkenaan KPLI dan DPLI ni...kalau nak tahu kalau2 dah buka iklan di manaa boleh check ye??
BalasPadamBagi sy takde isu rampasan n lambakn guru..malah isu kekurangan guru yg sering dilaporkn di kbykn skolah..isunya skg, pngmbilan guru n byrn gaji guru itu mgikut kmpuan krajaan.
BalasPadampelajar upsi bersyukurla, kamu masih tiada "open market" berbanding km dr universiti kerajaan lain yg menawarkan ijazah sarjana pendidikantp masih tiada posting. rezeki masing-masing, yang penting usaha.
BalasPadamsalam...wujud lagi ke KPLI..?setahu saya dah dihapuskn..mohon penjelasan siapa2 yang tahu..
BalasPadamgraduan sabah diberi peluang utk memohon d jabatan pendidikan masing2 sehingga hari ini.tq
BalasPadamAda lg ke kpli dpli ni eh..
BalasPadam