Deepavali pada tahun ini ditetapkan pada hari Khamis bersamaan 23 Oktober 2014. Ada yang boleh bersorak gembira apabila bakal bercuti selama seminggu. Ada pula masam sahaja kerana cuti hanya sehari.
"Sekolah anak kawan saya cuti seminggu, kenapa sekolah anak saya cuti sehari sahaja?"
Apa nak jawab?
Begini, pada hari Deepavali iaitu 23 Oktober 2014, sekolah akan bercuti selama sehari. Pada sekolah yang bercuti selama seminggu itu disebabkan kerana sekolahnya telah memohon cuti berganti dan cuti perinstiwa.
Hal ini bermakna, sekolah tersebut telah dan akan bersekolah ganti sempena percutian pada 20 hingga 22 Oktober 2014. Pada hari Jummat pula, sekolah tersebut telah memohon cuti peristiwa. Jadi, dapatlah mereka bercuti selama seminggu pada minggu depan. Harap maklum.
selamat bercuti bro
BalasPadamSekolah helmi cuti seminggu jugak ke?
BalasPadamSalam Maal Hijrah, cikgu.
BalasPadam