Pengikut

Selasa, 14 Oktober 2014

Pendokumentasian Karya Melalui Buku

Assalamualaikum.

Pendokumentasian Karya Melalui Buku (Kumpulan Cerpen dan Kumpulan Puisi)



Setiap hari Ahad saya membeli surat khabar Berita Minggu (BH) dan Mingguan Malaysia (MM). Antara tujuannya untuk membaca ruangan kreatif - cerpen dan puisi. Apabila saya menyedari bahawa penulis yang karyanya saya baca secara eceran ini telah memiliki kumpulan cerpen ataupun puisi, saya berasa gembira dan seboleh mungkin akan mendapatkan buku itu. Hal ini merupakan satu kepuasan dalam soal pembacaan.

Kini, industri penerbitan buku sastera yang menerbitkan kumpulan cerpen dan puisi kembali bernyawa (baca komitmen ITBM). Peluang itu pula terbuka bukan sahaja kepada penulis mapan bahkan penulis muda yang konsistens dalam menghasilkan karya yang bermutu hingga mampu menghimpunkan dalam satu kumpulan cerpen ataupun puisi.

Menyentuh berkenaan kumpulan cerpen dan puisi ini, saya melihat bahawa memiliki buku (kumpulan cerpen dan puisi) persendirian merupakan satu fasa pendokumentasian dalam hal kepengarangan seorang penulis.Oleh itu, tidak timbul desas-desus menyatakan bahawa hanya penulis mapan sahaja yang patut ada kumpulan cerpen ataupun kumpulan puisi, tidak penulis muda lagi belia.

Dalam proses penyusunan manuskrip itu pula, bukanlah satu kerja main-main. Sudah pastilah hanya karya yang terbaik sahaja yang dipilih untuk disatukan dalam satu kumpulan buku. Setelah manuskrip siap disusun, itu bukan tiket automatik buku itu diterbitkan. Manuskrip itu sudah pastilah melalui proses penilaian penerbit. 

Jika manuskrip itu lulus, itu bermakna penulis telah berjaya melepasi satu tahap kualiti karya yang ditetapkan penerbit (penilai). Fasa seterusnya, penilaian pembaca (terdiri daripada penulis, pembaca, sarjana). Fasa inilah yang selalunya subjektif dan berbeza-beza pandangannya mengikut latar belakang penilai tersebut.

Sebaliknya jika manuskrip itu gagal, penulis seharusnya meneliti semula sebab musababnya. Adakah manuskrip itu gagal kerana kualiti karya ataupun pemilihan rumah penerbitan yang salah. Dalam hal ini, penulis harus melakukan tinjauan dan kajian terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menghantar manuskrip untuk diterbitkan.

Pendokumentasian ini amat bermanfaat dalam satu ketika kepada banyak pihak. Bagi pembaca, memudahkan mereka membaca karya penulis tersebut hanya dengan memiliki buku (kumpulan) tersebut. Barangkali sebelum ini, pembaca tidak terbaca karya eceran yang terbit dalam pelbagai media. Tidak terkecuali juga, pada pengkaji dan sarjana untuk meneliti karya seseorang penulis.

Bagaimana pula dengan pendapat anda?

4 ulasan:

  1. dah lama tak beli surat khabar....setuju dengan helmi.. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian...suka baca...semoga terus sukses!

    BalasPadam
  3. Setuju. Selain itu, ia berfungsi sebagai pembakar semangat buat sahabat penulis lainnya. Saya membaca kumpulan cerpen untuk mencari ilmu baru dan ilmu bantu seboleh mungkin daripada gaya kepengarangan seseorang pengarang.

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang baik dan bermanfaat.. terima kasih cikgu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78