Pengikut

Sabtu, 13 September 2014

Apa Nak Buat Masa Cuti Sekolah?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam kira-kira pukul 11.30 malam selamat sampai di kampung halaman. Kepulangan kali ini sempena cuti sekolah selama seminggu. Ada yang kata, pantang cuti sekolah terus lesap. Macamlah ada orang di kampung yang sedang menunggu. 

Saya senyum sahaja, dengan bersahaja saya menjawab saya masih ada insan yang istimewa di kampung iaitu ibu bapa dan keluarga saya. Mereka ini buah hati saya yang selalu menyinari hidup saya. 

Apa nak buat masa cuti sekolah? 


Sebelum itu saya terfikir juga masih adakah blogger-blogger yang nak baca dan singgah di blog saya ini? Semakin hari semakin sunyi blog ini. Apatah lagi kekangan masa untuk saya berblogwalking ke blog kawan-kawan. 

Namun begitu, demi berkongsi maklumat dan mencoret lembaran kisah yang pelbagai ragam saya tetap bersemangat untuk menghidupkan "Tetamu Istimewa". 


Semak Kertas Peperiksaan


Cuti persekolahan seminggu bukanlah tempoh penuh untuk saya berehat di kampung. Bukan juga masa untuk saya berbulan madu. Oleh kerana selama tempoh UPSR lalu, murid Tahun 5 di sekolah saya turut bertarung di medan peperiksaan. 

Selaku guru Bahasa Melayu yang mengajar tiga kelas daripada lima kelas yang ada perlulah menyemak kertas peperiksaan tersebut. Saya bawa semua kertas tersebut pulang bersama saya ke kampung. Jadi, masa cuti sekolah inilah saya akan cuba menyiapkan tugasan memeriksa kertas tersebut.


Kursus  i Think dalam Talian


Selain itu, masa cuti sekolah ini juga saya akan mengikuti Kursus i Think dalam Talian (KiDT). Kursus ini mengkehendaki guru menyiapkan 25 modul berkaitan i Think dalam talian. Saya cuma mengharapkan talian internet di kampung baik. 

Kerja-kerja Penulisan dan Pembacaan


Insya-Allah, kerja-kerja penulisan juga akan saya lunaskan. Di samping, membaca bahan-bahan bacaan terutama buku-buku yang telah lama saya beli. Dalam semua hal ini, masa bersama keluarga adalah yang terbanyak untuk dihabiskan. 

Bagaimana pula dengan kalian? Apa yang anda buat masa cuti sekolah?


6 ulasan:

  1. Seronoknya balik kampung..2 in 1 ni..berada di kampung sambil lunaskan tugas..dan PC bekerja seperti biasa..

    BalasPadam
  2. wahh... sudah siap perancangannya.. moga di permudahkan segala urusan dan selamat bercuti... ^_^V

    BalasPadam
  3. boleh berblogging..lawat blog kawan-kawan..Selamat bercuti.

    BalasPadam
  4. Wah productive nya cuti ^_^ selamat bercuti cikgu!

    BalasPadam
  5. Semoga rancangan cikgu berjalan lancar. Ketika orang lain bercuti, saya baru mula 'bersekolah'. Hehe.

    BalasPadam
  6. kathy tak pergi kemana² cuti kali ini. duk rumah jer kami sekeluarga..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78