Pengikut

Rabu, 5 Jun 2013

Cerpen: Pulang Tanggang Memuliakan Cinta di Utusan Melayu Mingguan


Alhamdulillah, cerpen saya yang berjudul PULANG TANGGANG MEMULIAKAN CINTA telah disiarkan di Utusan Melayu Mingguan semalam, 3 Jun 2013 (bahagian 1). 

Pernahkah anda terfikir, bagaimana nasib seorang anak buangan yang dibuang oleh "ibu" atau "bapa" di tempat peribadatan agama lain selain Islam iaitu masjid. Bagaimana pula liku kehidupan anak tersebut sekiranya, pemungut atau pengambil anak tersebut menyembunyikan identiti anak tersebut tanpa melaporkan kepada pihak bertanggungjawab dan mempertaruhkan nasib untuk membesarkan anak tersebut. 

Dan, suatu hari "ibu" atau "bapa" anak tersebut muncul dan mengaku bahawa dialah yang telah membuang anak tersebut dan wajah yang tampil itu mengenakan hijab, sudah tentulah perasaan yang bergalau di hati berlibang-libu. Bukan kerana hanya cara kehidupannya yang berbeza, malah pelbagai lagi budaya yang mendewasakannya turut tidak sama.

Ikuti bahagian kedua cerpen ini minggu depan. Kepada yang telah membaca bahagian pertama boleh memberi pandangan. Saya amat mengalukannya.

Nota: Kepada yang hendak menulis cerpen di Utusan Melayu Mingguan, haruslah bijak mengawal penulisannya kerana cerpen di ruangan ini sangat terhad (pendek). Jumlah perkataan antara 1100 hingga 1300 patah perkataan sahaja. Perangkaan ini bukan ditetapkan oleh pihak editor, tetapi bersandarkan pengalaman saya itulah jumlah yang ideal.

8 ulasan:

  1. Terima kasih tuan atas tips untuk menghantar cerpen itu. Setakat ini cerpen saya bergaul sekitar 500-750 patah perkataan sahaja. Masih kurang mampu meningkat perkembangan plot cerita.

    BalasPadam
  2. Saudara Wong, boleh mencuba.

    Saya percaya saudara mampu. Jika ada sebarang pertanyaan tentang penghantaran karya, boleh usulkan kepada saya. Insya-Allah, saya sedia membantu sedaya yang saya boleh.

    BalasPadam
  3. Boleh saya tahu emel tuan? Senang nanti jika saya ingin berhubung.

    BalasPadam
  4. Boleh berhubung melalui emel ini:
    mie_adham86@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Tahniah cikgu Helmi! Jom, terus menulis! Jika tidak keberatan, boleh berikan e-mel Utusan Melayu Jawi ini di sini ataupun menerusi e-mel. Ni e-mel Kak Long :nilamsuri2010@gmail.com

    BalasPadam
  6. TAHNIAH CERPEN YG TERSIAR
    emel ayahnda: osmandol65@gmail.com

    BalasPadam
  7. Terima kasih, Kak Long. Boleh, apa salahnya.

    Nanti saya emelkan.

    BalasPadam
  8. Terima kasih ayahanda, Osman Dol. Moga ayahanda sihat sejahtera.

    Selamat kembali ke dunia blog.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78