Pengikut

Selasa, 22 Januari 2013

Puisi: Tarian Hujan di Harmoni



TARIAN HUJAN, sebuah lagi puisi saya yang disiarkan di majalah Harmoni edisi 15-30 Januari 2013. Betapa saya agak terkejut kerana puisi ini saya kirimkan lewat tahun 2011. Masih disimpan dalam bank karya majalah ini. Ucapan terima kasih kepada editornya. 

*Kenapalah buku terbitan terbaharu ITBM belum masuk stok di Kedai Buku 1Malaysia. Jika begitu, macam manalah pembaca hendak mendapatkannya. Permintaan ada tetapi penawaran entahlah...
Saya masih mengidam untuk mendapatkan buku:

1-Nyanyian Luka
2-Di Negeri Kalbu
3-Soya Ais Peneram Madu
4-Merangkai Kasih Merenda Kata
5-Tangis Buliga

Baru Terbit
6-Catatan Cinta Anakanda Bonda
7-Aku Ingin Berbeka-beka Dengan-Mu
8-Anak-anak Tangga
9-Mencari Warna Daun
10-Peta Perjalanan

6 ulasan:

  1. Terima kasih Sue. Tidak jemu untuk memberi sokongan. Sangat dihargai. Semoga kita sama-sama berjaya. Ayuh!

    BalasPadam
  2. boleh beli secara atas talian. lebih mudah dan cepat :)

    Kalau lebih mudah, kalau ITBM ada anjur acara, boleh datang beli buku. Dapat diskaun istimewa, 20-30% :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih Kak Long. Insyaallah, selagi mampu dan berdaya saya akan terus menulis. Sama-samalah kita menyemarakkan dunia penulisan ini.

    BalasPadam
  4. Ya, saya fikirpun begitu saudari birungu.

    Saya dengar hujung bulan ini akan diadakan pesta buku 1 Malaysia. Adakah ITBM turut serta?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78