Pengikut

Ahad, 6 Januari 2013

Puisi: Menyerah Putih Cinta di Jelita


MENYERAH PUTIH CINTA merupakan judul puisi saya yang disiarkan di majalah JELITA, bulan JANUARI 2013. Pembukaan yang baik untuk saya. 

Terima kasih kepada editor yang memberi peluang kepada puisi ini untuk dikongsikan dengan pembaca. Ayuh, beli majalah Jelita, bulan Januari untuk membacanya. 

Puisi saya juga turut tersiar bersama puisi Ismail Hashim dan Mohd Adid Ab Rahman. Cerpen pula menampilkan Kenangan Tahun Baru oleh Husna Nazri. Menerusi Jelita, Januari 2013 telah disediakan ruangan baharu iaitu Novel Bersiri dengan judulnya Pulasan Hati oleh Marini Mat Zain. Tahniah kepada sidang editorial Jelita.


20 ulasan:

  1. Pembukaan sajak awal 2013.

    Jutaan tahniah!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, Jamilah.

    Terima kasih. Moga momentum ini dapat diteruskan.

    BalasPadam
  3. Tahniah Abang Helmi. Wah, momentumnya seperti supernova!

    BalasPadam
  4. Terima kasih, Kak Rositah. Rezeki tahun baharu.

    BalasPadam
  5. Terima kasih Fathul.

    Apa? Supernova? Huhuhuhu...

    Rezeki.

    BalasPadam
  6. Sdr Helmi,
    Tahniah atas penghasilan yang prolifik sepanjang tahun 2012. Semoga tahun 2013, buat lagi cerpen-cerpen yang ada kelainan dan tembusi media perdana seperti Mingguan Malaysia dan BH Ahad. Kali ini kejar kualiti pula setelah membina nama dengan momentum yang membanggakan!

    BalasPadam
  7. Tahniah abg Helmi, saya kagum. Sangat bermotivasi. :D

    BalasPadam
  8. Saya telah membacanya. Tahniah Saudara Helmi.

    BalasPadam
  9. Terima kasih Puan Nisah. Sangat terharu mendapat komen dan dorongan semangat daripada seorang penulis yang hebat dan saya kagumi.

    Insyaallah, saya akan cuba perbaiki dan mempertingkatkan kualiti karya yang dihasilkan kelak.

    BalasPadam
  10. Terima kasih, Muzammil. Alhamdulillah. Rezeki setelah usaha yang dilakukan. Moga, Muzammil juga terus menulis dan jangan mudah putus asa.

    BalasPadam
  11. Terima kasih, saudara Efandi. Tahniah juga untuk puisi di BH Ahad, hari ini.

    BalasPadam
  12. Puisi sudah, artikel juga sudah. Tinggal lagi cerpen untuk awal 2013! hehe tahniah. Bang Helmi memberi motivasi dan inspirasi buat penulis yang lain. :)

    BalasPadam
  13. Terima kasih Kak Long. Sokongan dan dorongan kalian sangat dihargai.

    BalasPadam
  14. Sue, terima kasih.

    Puisi, artikel dan cerpen juga sudah tersiar untuk tahun baharu ini. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  15. Tahniah bang Helmi. Puisi yang sangat romantis ok!

    BalasPadam
  16. Terima kasih Haniff. Romantis? Puisi lama ni, murnikan semula. Dah baca ke? Huhuhu

    BalasPadam
  17. Sudah Bang Helmi. Tu cakap romantis tu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78