Pengikut

Khamis, 10 Januari 2013

Surat Kepada Editor: Melanggan Cara Terbaik di Dewan Sastera




Alhamdulillah, itulah yang mampu saya ucapkan. Terima kasih kepada saudara Efandi yang memberitahu tentang surat saya yang dihantar kepada editor DEWAN SASTERA telah disiarkan untuk bulan Januari 2013. Surat tersebut berjudul MELANGGAN CARA TERBAIK

Dalam surat tersebut, saya menyarakan kepada peminat DEWAN SASTERA agar melanggan majalah ini untuk sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah mendapatkan majalah ini (walaupun terdapat rungutan majalah lambat sampai). 

Selain itu, saranan saya agar tempoh langganan majalah turun dipertimbangkan kepada enam bulan dan bukan lagi terhad pada setahun. Cara ini dapat meringankan sedikit kos langganan yang perlu dibayar terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Saya kira, harga  langganan majalah pun sudah naik. 

Walau bagaimanapun saya tetap menjadikan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bacaan wajib dan pilihan setiap bulan. 

*Untuk majalah terbitan DBP bulan Januari 2013, satupun belum di tangan. Harap-harap saya boleh mendapatkannya secepat mungkin.


4 ulasan:

  1. Saya sudah dapatkan Dewan Sastera di tangan :)

    BalasPadam
  2. Itulah yang sebaik-baiknya cikgu. Meskipun mungkin agak lambat diterima, sekurang-kurangnya kita yang melanggan tetap tidak akan 'kehilangan' naskhah pesanan. Alhamdulillah juga, DBP turut mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan penerbitan majalah berteraskan Islamik. Kak Long sudah mendapatkannya tadi pagi.

    BalasPadam
  3. Terima kasih saudari birungu kerana sudi meninggalkan komen.

    Cemburunya saya. Saya perlu lebih bersabar menunggu majalah langganan sampai.

    BalasPadam
  4. Itulah Kak Long. Sekurang-kurangnya majalah itu sudah menjadi hak kita. Harap usaha penerbitan ini akan terus bertahan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78