Pengikut

Isnin, 28 Januari 2013

Ulasan Buku: Rakaman Kepengarangan S.M. Zakir di Mingguan Malaysia


Sebenarnya sudah lama saya menantikan ulasan buku ini disiarkan. Saya menghantarnya sekitar pertengahan bulan Disember 2012. Saya ingatkan ulasan ini sudah tidak menarik perhatian editornya, namun Alhamdulillah, pagi tadi apabila saya menyelak Mingguan Malaysia ruangan Ulasan Buku nama saya terpapar pada halaman tersebut dengan judul RAKAMAN KEPENGARANGAN S.M. ZAKIR

Sekali lagi, ulasan saya dipenggal. Rasa tidak sempurna apabila membacanya. Mungkin saya terpaksa akur dengan keterbatasan ruang yang terhad. Setelah saya menghantar dan menunggu ulasan ini disiarkan saya ada melakar sebuah draf untuk buku motivasi seorang pengarang dan juga pensyarah. Namun, usaha itu terhenti. Mungkin semangat untuk menulis agak kurang kerana ulasan ini tidak juga tersiar setelah beberapa minggu menanti.

Selain sebabnya, saya juga sibuk pada penghujung tahun 2012 untuk pulang menghadiri mensyuarat sesi persekolahan 2013. Saya tidak pasti sama ada ulasan yang saya tulis sekerat jalan itu berada di mana. Harapan saya, sewaktu saya balik cuti Tahun Baharu Cina nanti saya akan mencarinya semula dan menyambungnya kembali. Semangat untuk menulis ulasan buku semakin menyala semula setelah ulasan ini disiarkan. Sebenarnya itulah antara sokongan dan semangat yang saya perolehi untuk terus menulis.

Kepada pembaca dan peminat karya S.M. Zakir, sudilah mendapatkan Mingguan Malaysia hari ini 27 Januari 2013. Masih panas di pasaran. Terima kasih.

7 ulasan:

  1. Terima kasih Kak Long yang menjadi orang pertama mengucapkan tahniah. Rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat. Saya juga mennatikan ulasan buku daripada Kak Long.

    BalasPadam
  2. Tahniah Tetamu Istimewa,

    S.M Zakir. Teringat bukunya, ahli politik. :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih Jamilah.

    Ahli politik, novel kan?

    Saya belum pernah membacanya lagi. Di mana di jual?

    BalasPadam
  4. Ya. novel satira.

    Saya tak pasti di kedai buku mana ada, sebab dibeli dengan puan Nisah Haron. Mungkin boleh dicari secara online di ujana ilmu puan Nisah Haron.

    BalasPadam
  5. Huhuhu ulasan buku pun Kak Long tak dan nak buat lagi. Dok tumpu benda lain dulu. Sayembara ITBM-PENA pun tak masuk dah. Tak dan nak hantar. Banyak yang tak edit lagi. Apapun, jom kita terus menulis apa sahaja yang dan kita buat :)

    BalasPadam
  6. Oh ya ke. Tak pe Kak Long, mungkin rezekinya di tempat lain. Saya yakin Kak Long mampu lakukannya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78