Pengikut

Sabtu, 1 September 2012

Cerpen: Semanis Gadis Berbaju Kurung di Mingguan Wanita



Alhamdulillah, saya kira SEMANIS GADIS BERBAJU KURUNG merupakan hadiah terbaik kepada saya sempena Hari Kemerdekaan kali yang ke-55 tahun ini. Perhatikan petikan daripada cerpen tersebut:


Kata nenek baju kurung adalah busana paling hebat dan indah yang pernah dihasilkan oleh orang Melayu. Maka pewarisnya haruslah memiliki sikap ambil peduli dalam mengangkat busana ini ke tahap yang selayaknya. Memikul tanggungjawab dalam memelihara maruahnya. Tidak tercela dek keghairahan mengagungkan busana barat yang tampak tidak cukup sempurna untuk disarungkan di tubuh orang Melayu. 


Cerpen ini tersiar di MINGGUAN WANITA edisi 31 Ogos - 06 September 2012. Jadi kepada sesiapa yang belum memilikinya atau telah memilikinya, sudilah menyelak halaman cerpen dan membacanya. Sekiranya ada pandangan yang hendak dilontarkan, silakan.


Fuuhh, walaupun tidak dapat bergambar dengan penyanyi kesukaan saya ini dapat menyelit sedikit sudahlah. Harap-harap Datuk Siti Nurhaliza membaca cerpen saya. Cewah... berangan sakan nampak! Hehehe

Terima kasih kepada editor yang memilih cerpen ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang mengirim SMS mengucapkan tahniah. Saya menghargai sokongan anda semua.

6 ulasan:

  1. salam blogger dari wan..blog ini menarik! wan da follow sekali..klau sudi singgah la ke blog wan..jangan lupa follow sekali :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Wan. Insya-Allah saya akan ke sana lagi nanti.

    BalasPadam
  3. Ya,kita kan pemangkin tradisi. Kalau bukan kita yang martabatkan tradisi nenek moyang kita, siapa lagi nak jaga amalan turun-temurun ni kan.

    Tahniah dan tahniah ya abang Helmi! :)

    BalasPadam
  4. Dah boleh komen ye Sue, terima kasih.

    Betul tu, kalau kita sendiri orang Melayu yang tak sanjung, jaga, siapa lagilah yang hendak diharapkan.

    BalasPadam
  5. Tahniah abang Helmi, tinjauan saya, karya abang Helmi tidak putus-putus tersiar di media. Wajar dicontohi.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, Muzammil. Berkat usaha yang tidak putus-putus dan doa.

    Terima kasih ya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78